Skip to main content

Posts

Showing posts from October 30, 2010

Guan Eng bela 200 penduduk Kg. Asam selepas pemaju dapat perintah mahkamah

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB31 OKTOBER 2010GEORGE TOWN,- Isu pengusiran 200 penduduk Kampung Asam dekat Jelutong pada Ogos 2010 lepas dilakukan oleh pemaju swasta susulan mendapat perintah mahkamah (baca: summary judgment).Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng secara pentadbiran pergi berunding dengan tuan tanah serta pemaju agar perintah mahkamah tersebut ditangguhkan tiga bulan lagi ke tarikh 13 Oktober tahun sama, iaitu selepas musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.Bahkan, Guan Eng secara pentadbiran turut sekali lagi melakukan rundingan dengan tuan tanah serta pemaju agar kesemua penduduk asal yang terdiri oleh pelbagai kaum mendapat pampasan tunai yang lebih setimpal serta munasabah, bukan di bawah RM10,000 yang ditetapkan sebelum ini.”Perlu ditegaskan bahawa Kerajaan Negeri lazimnya merasakan bahawa RM10,000 yang ditawarkan oleh pemaju adalah tidak munasabah. Mereka (pemaju) kena tawar lebih!”Sekiranya mereka (pemaju) masih berdegil, Kerajaan Negeri sama sekali tidak akan membenarkan pi…