22 February 2012

MPPP beri 'Kak Tunda' dua hari buat penjelasan


'Kak Tunda' atau nama sebenarnya Jessie Ooi diberi masa dua hari untuk membuat penjelasan sebenar serta menarik semula dakwaan tidak berasas yang membabitkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Ahli Majlis MPPP, Muhammad  Sabri Md Osman berkata pihaknya akan membawa kes tersebut ke mesyuarat penuh majlis yang dijadualkan pada Jumaat ini untuk tindakan lanjut, termasuk kemungkinan mengfailkan saman kepada Ketua Beliawanis MCA  Selangor itu.

"Mohon maaf atau hadapi tindakan seterusnya selepas mesyuarat penuh Jumaat ini," ujar beliau tengah hari tadi di Dewan Bandaraya, George Town.


Beliau turut menafikan dakwaan Jessie (kanan) mengenai insiden penguatkuasa MPPP kononnya menunda dua kenderaan awam sekitar jam 10.30 malam, iaitu ketika ketiadaan kereta di sepanjang Lebuh Pantai, di sini.

Dakwaan Jessie kononnya MPPP kurang menyediakan parkir di sepanjang Lebuh Pantai turut dinafikan dalam sidang akhbar tersebut ahli-ahli majlis tersebut.

"Lebih 829 petak letak kereta disediakan oleh MPPP di sepanjang Lebuh Pantai dan kawasan sekitarnya, itu tidak masuk kemudahan letak kereta yang disediakan oleh pihak swasta," ujar beliau.

Di sepanjang Lebuh Pantai, MPPP menyediakan 136 petak parkir bertiket dan 56 petak parkir bermeter.

Tapak kereta bertingkat MPPP, di sini, boleh menampung 203 kenderaaan dalam satu-satu masa.

Itu, tidak termasuk 28 parkir bermeter dan 273 parkir bertingkan disediakan oleh MPPP.

57 parkir turut disediakan di Gat Lebuh Gereja dan 76 parkir lain di Gat Lebuh Cina.

Dalam perkembangan sama, Muhammad  Sabri (kiri) mendedahkan hanya 12 kenderaan pernah ditunda sebagaimana dalam rekod rasmin MPPP, namun tidak ada kenderaan ditunda sekitar jam 10.30 malam seperti yang didakwa oleh Jessie.

Bercakap pada sidang media yang sama, penguatkuasa Shamsul Mohd Noor berkata beliau merupakan salah seorang mangsa yang diserang dengan helmet hingga cedera pada Oktober tahun lepas. Seorang lagi mangsa bernama Jamaluddin Karim.

Mereka berdua diserang kerana tindakan kapit (clamp) kereta yang menghalang trafik di Jalan Burma sehingga menimbulkan amarah anak kepada pemilik kenderaan tersebut sebelum diserang.

Pengakuan itu sekaligus turut menafikan satu lagi dakwaan Jessie.

"Budak (berumur) 17 tahun dengan enam geng (rakan) menyerang saya selepas mereka merampas resit saman yang mahu saya keluarkan.

"Polis sendiri mengakui tindakan mereka. Saya tidak lawan (bertindak balas) kerana itu etika saya sebagai penjawat awam," ujar Shamsul (kanan).

Sabtu lepas, Jessie pada sesi soal jawab dalam perdebatan pemimpin nombor satu MCA dan DAP antara lain cuba menuduh pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng lemah dengan membangkitkan beberapa masalah parkir di negeri berkenaan.

Baginya, pentadbiran Guan Eng tidak menjaga kebajikan rakyat.

Rakaman amarah Jessie dengan muka merah padam dan telinga merah itu menjadi perhatian khalayak selepas disebarluaskan dalam internet hatta beliau digelar "Kak Tunda".

Jessie sejak semalam bagaimanapun mula berdalih dengan mengatakan bahawa insiden penguatkuasa MPPP kononnya bertindak kapit (clamp) dua kenderaan awam yang dimaksudkannya itu bukan dilakukan pada masa tiada langsung kenderaan di Lebuh Pantai. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus