01 March 2012

Isu Exco: Phahrolrazi beri Amirudin kata dua

PAS kawasan Kuala Kedah memberi kata dua kepada Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas kawasan itu kerana didakwa melanggari keputusan mesyuarat jawatankuasa yang diadakan pada 17 Februari lalu.
    
Yang Dipertuanya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, sebaik Amiruddin mengangkat sumpah jawatan Exco kelmarin, tindakannya itu menyalahi keputusan dan Amiruddin diberi dua pilihan dalam tempoh 14 hari.
    
“Kita beri kata dua kepada beliau, jika ingin bersama Pas Kuala Kedah, kena letak jawatan Exco dan kita anggap isu ini selesai. Jika Amiruddin ingin bersama Menteri Besar, beliau bukan lagi sebahagian daripada Pas Kuala Kedah,” katanya di Alor Setar.
      
Menurutnya, ini bermakna Amiruddin tidak dibenarkan terlibat dalam gerak kerja parti atau pengurusan Pas kawasan itu, dan beliau perlu bergerak secara sendirian sebagai Adun Anak Bukit.
    
Bagaimanapun, Phahrolrazi berkata,tindakan yang akan diambil terhadap Amiruddin bergantung kepadanya dan beliau diberi tempoh 14 hari untuk menghantar surat jawapan.
    
“Apabila Amiruddin menerima tawaran sebagai Exco Kerajaan Negeri dan mengangkat sumpah jawatan, ini bermakna beliau ingkar arahan. Setiausaha Pas Kuala Kedah, Aris Awang akan menghantar surat rasmi kepada Amiruddin hari ini (semalam), tindakan selanjutnya akan diputuskan dalam mesyuarat akan datang,” katanya.
    
Menurutnya, antara keputusan yang dicapai dalam mesyuarat itu adalah Pas Kuala Kedah sebulat suara menyokong pendirian Phahrolrazi untuk tidak menerima jawatan Exco bagi penggal seterusnya.
    
Arahan turut dikeluarkan kepada semua Adun dalam kawasan Kuala Kedah iaitu Phahrolrazi (Pengkalan Kundor), Amiruddin (Anak Bukit) dan Mohd Nasir Mustafa (Kubang Rotan) supaya tidak menerima tawaran untuk dilantik sebagai Exco.
    
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Phahrolrazi itu bagaimanapun tidak dihadiri Amiruddin yang ketika itu mempunyai urusan di luar kawasan manakala Mohd Nasir selaku Naib Yang Dipertua Pas Kuala Kedah hadir.
    
“Berkisar kepada keputusan mesyuarat inilah, tindakan diambil. Keputusan ini juga sudah dimaklum pada Amiruddin dan beliau memaklumkan tidak dapat terima arahan ini dan mengangkat sumpah jawatan Exco Selasa lalu,” katanya.
    
Phahrolrazi berkata, walaupun Amiruddin sudah menjelaskan alasannya berbuat demikian, namun Pas Kuala Kedah menolak penjelasan itu.
    
Ditanya sama ada Amiruddin berdepan tindakan disiplin atau digantung keahliannya, Phahrolrazi berkata, hanya Pas Pusat yang layak memutuskan perkara itu. -SinarHarian

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus