05 March 2012

Jadikan Jalan Bagan 29 alternatif tol Sungai Nyior

JALAN Bagan 29, di sini, boleh dijadikan jalan alternatif yang menghubungkan Butterworth dengan Seberang Jaya bagi mengelak bayaran 50 sen di tol lebuh raya Sungai Nyior.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Uitiliti dan Pengangkutan berkata, jarak perjalanan menggunakan jalan alternatif tersebut dan lebuh raya Sungai Nyior adalah hampir sama.

Kapsyen: Hock Seng bersama-sama Tanasekharan  menunjukkan Jalan Bagan 29 yang diperlebarkan hasil usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Beliau berkata, jarak perjalanan sehala bermula dari simpang empat trafik Jalan Siram ke Hotel Sunway dekat Seberang Jaya yang menerusi Jalan Bagan 29, Jalan Bagan 1, Jalan Chain Ferry dan Jalan Todak adalah kira-kira 4 kilometer.

Manakala, jarak perjalanan sehala bermula dari simpang empat trafik Jalan Siram ke Hotel Sunway dekat Seberang Jaya melalui tol lebuh raya Sungai Nyior adalah kira-kira 5.8 kilometer.

"Jarak perjalanan pergi dan balik semula melalui jalan alternatif ini (Jalan Bagan 29) adalah hampir sama jika pengguna kenderaan mahu mengelak tol (lebuh raya Sungai Nyior)," katanya pada sidang media di Pasar Awam Bagan, di sini baru-baru ini.

Beliau yang juga ADUN Bagan Jermal turut menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya Jalan Bagan 29 berstatus jalan bandaran, bukan jalan utama.

Tambahnya, penduduk setempat sendiri sedar bahawa Jalan Bagan 29 itu adalah jalan utama.

"Kerajaan negeri melebar sedia ada Jalan Bagan 29 daripada dua lorong kepada empat lorong dan dikaitkan dengan Jalan Siram.

"Jalan sebelumnya (sebelum diperlebarkan) berakhir berhampiran Pangsapuri Aman rumah pangsa," katanya.

Beliau berkata, pelebaran Jalan Bagan 29  itu telah menelan belanja RM2.2 juta sungguhpun kos asal yang dihitung sebanyak 1.8 juta sahaja.

Ini kerana katanya, kerajaan negeri terpaksa membayar lebih pampasan kepada empat tuan tanah demi melebarkan jalan berkenaan.

"Inilah yang boleh dilakukan oleh kerajaan negeri demi memperbaiki trafik jalan raya," ujarnya.

Bercakap pada sidang media yang sama, ADUN Bagan Dalam, A. Tanasekharan berkata Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mempunyai kuasa untuk memansuhkan tol di Sungai Nyior itu memandangkan perjanjian konsesi tol adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Penjelasan tersebut sekaligus menolak tohmahan pihak pembangkang di negeri berkenaan kononnya pentadbiran Y.A.B Tuan Lim Guan Eng cuba berdalih dari memansuhkan tol tersebut sungguhpun Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum ini berjanji untuk berbuat demikian.

"Sebagai sebuah kerajaan negeri, kita telah menunjukkan usaha menguntungkan rakyat dengan melebarkan jalan alternatif ini (Jalan Bagan 29), selebihnya di tangan (kerajaan) pusat kerana (usaha memansuhkan) tol di bawah bidang kuasa pusat," ujar beliau. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus