20 March 2012

Nik Aziz pertahan Abdul Hadi 'Harus berkerjasama Yahudi lawan Zionis'

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahan ijtihad presidennya Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa harus bekerjasama dengan Yahudi demi menentang Zionis, lapor PenangInsight.com.

Justeru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menjelaskan pendapat Abdul Hadi mengenai keharusan berurus niaga dengan Yahudi tidak salah.

Yang salah, menurut beliau, adalah berdagang dengan Zionis sebagaimana pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang didedah berdagang minyak kelapa sawit Felda dan Sime Darby dengan Zionis-Israel.

"Adapun yang ditentang PAS ialah melakukan urus niaga dengan kerajaan Zionis yang tertegak pada hari ini di atas tanah yang dirampas daripada bangsa Palestin.

"Berurus niaga dengan kerajaan Zionis Israel ertinya mengiktiraf kewujudan mereka dan mengiktiraf kewujudan Israel merupakan satu jenayah yang tidak boleh dimaafkan," ujarnya dalam satu kenyataan media, semalam.

Dalam pada itu, beliau seakan turut menyindir pentadbiran Najib serta cendekiawan pro Umno BN kerana cuba mengelirukan umat Islam dan rakyat di negara ini dengan memanipulasi kenyataan Abdul Hadi.

"Hairannya, ada sesetengah pihak nampaknya cuba menjadikan juara menentang Israel, tetapi dalam masa sama menjalinkan hubungan dagang dengan Israel," ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib yang juga Menteri Kewangan ketika menjawab soalan bertulis Dr Mohd Hatta Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai - PAS) menyebut bahawa larangan mutlak ke atas pengimportan barangan dari Israek yang diletakkan di Jadual Pertama Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) telah dipindah ke Larangan Bersyarat di bawah Jadual Kedua Perintah yang sama pada 26 Mei 1994.

Selaras dengan itu, barangan yang diimport dari Israel kini dibenarkan tertakluk kepada Lesen Import daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Menterinya Datuk Seri Mustapa Mohamed semalam turut mengakui bahawa pentadbiran Najib mempunyai hubungan perdagangan dengan Israel.

Namun, Najib yang juga Presiden Umno dilihat seakan terus berdolak dalih serta cuba menipu rakyat.

ERA NAJIB, ERA ZIONIS

 

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus