19 March 2012

Rakaman video dedah Guan Eng tidak pinggir mana-mana kaum

RAKAMAN ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng pada 14 Mac lepas yang didedah hari ini nyata tidak bermaksud untuk meminggirkan masyarakat India seperti yang dituduh oleh Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin.

Justeru, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari (kiri) menasihatkan Shaik Hussein supaya memohon maaf secara terbuka.

"Buktinya (rakaman video) telah didedah di sini.

"Kita akan memuat naik dalam youtube. Diharap dia (Shaik Hussein) (akan memohon maaf secara terbuka," ujar Zairil di Komtar, George Town.

Melayu atau mamak kutty?
Dalam akhbar Sinar Harian pada Jumaat lepas, Shaik Hussain (kanan) dilaporkan berkata, "dia (Guan Eng) hanya menyebut beliau memerlukan sokongan 90 peratus pengundi Cina dan 40 peratus pengundi Melayu tanpa menyebut sokongan kaum India."

Rakaman ucapan Guan Eng dalam majlis Jamuan Malam Kutipan Dana DAP Pulau Pinang baru-baru ini sebenarnya mengajak seluruh rakyat, termasuk komuniti India untuk bersama-sama melakukan perubahan dengan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat sempena pilihan raya umum ke-13 nanti.

Ucapan Guan Eng dalam bahasa Manderin yang dirakam antara lain menyebut, "Sekiranya anda ingin PR terus menjadi Kerajaan Negeri, anda hendaklah memastikan bahawa 90% undi bukan Melayu diberi kepada PR. Boleh tak?".

Rakaman ucapan Guan Eng dalam bahasa Hokkien pula antara lain menyebut, "90% Cina, India, bukan Melayu diberi kepada PR, boleh tak?"

Guan Eng (kiri) turut menyuarakan hasrat yang sama dalam bahasa Kebangsaan.

"Kalau kita nak menang kita mesti pastikan sokongan kuat dari rakyat Pulau Pinang tak kira Melayu, Cina, India. Kita harap (se)kurang-kurangya kita boleh dapat lebih 40% sokongan Melayu, kita harap dapat 90% sokongan bukan Melayu," ucap Guan Eng dalam bahasa Melayu.

Tuntas itu, Zairil menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pentadbiran Guan Eng akan terus melaksakan program sumbangan yang terbukti menguntungkan rakyat terbanyak di negeri berkenaan tanpa mengira kaum. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus