16 July 2012

Azizan Razak tolak aspirasi PAS, Oren selamatkan hak peneroka Felda?

"Ulamak kalau salam dengan ketua asobiyyah, kena sua dua belah tangan"
PEMiLiKAN 500,000 saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang didedah Jumaat lepas sekaligus menjadi tanda tanya bagi pentadbiran Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak sendiri.

Sama ada Azizan menyokong aspirasi kerajaan Umno Barisan Nasional pusat di bawah teraju Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atau masih sependirian dengan PAS dalam menyelamatkan kepentingan peneroka Felda, Pesuruhjaya PAS negeri itu mempunyai jawapannya. 

Namun, tindak tanduk Kerajaan Negeri itu semasa PAS serta Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang diteraju oleh Mazlian Aliman (AJK PAS Pusat) bertungkus lumus membantah penyenaraian hak peneroka Felda dalam Bursa Malaysia melalui himpunan Oren yang berlangsung pada Sabtu lepas.

Sehingga 12 tengah malam tadi, didapati, Azizan yang mengetuai perbadanan itu masih tidak memberi penjelasan mengenai konflik kepentingan membabitkan langkah negeri dengan aspirasi PAS pusat.

Klik gambar
Ketua Eksekutif PKNK, Datuk Abdul Rahman Ibrahim bagaimanapun mengesahkan bahawa pemilikan 500,000 unit saham itu mengikut prosedur sah dan tiada kaitan dengan politik di bawah peruntukan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang kononnya ditawarkan kepada Bumiputera, bukan kroni.

“Bagi saya ia satu keputusan perniagaan yang bijak, di mana PKNK sasarkan akan beroleh keuntungan RM500,000 daripada pembelian saham itu.

"Setakat ini, PKNK sudah jual 50,000 unit saham FGVH di pasaran pada harga RM5.50 seunit dan untung kasar diperoleh adalah RM47,500,” katanya di Sinar Harian online.

Perkembangan terbaru ini dijangka sekali lagi menggamit akar umbi parti dan rakyat terbanyak di negara ini untuk mempertikai integriti pentadbiran Azizan sebagaimana insiden konflik kepentingan pemimpin veteran itu dengan beberapa exco kerajaan negerinya sebelum ini.

Baca tulisan Penarik Beca yang berjudul FGV: Patutnya orang PAS Kedah demonstrasi depan pejabat MB depa.

SEBARKAN!
Klik gambar

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus