14 July 2012

Malaysia perlu 'institutional reform' elak skandal Scorpene berulang - Mujahid


Mujahid
MALAYSiA memerlukan 'institutional reform' atau kerangka reformasi institusi pentadbiran negara demi memelihara kedaulatan negara, kata Datuk Dr Mujahid Yusof.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata demikian semasa mengulas mengenai syarikat pertahanan Perancis, DCNS yang didedah 'membeli' satu dokumen sulit mengenai pembelian kapal selam kelas Scorpene yang sedang dinilai oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk dibeli oleh kerajaan pusat.

"Perjanjian itu bukan berasaskan pada (kepentingan) pertahanan negara dan keperluan nasional, tetapi berasaskan pada ahli-ahli politik yang mahu mengekalkan kuasa.

"Rasuah politik berlaku kerana tiada (doktrin) pengasingan kuasa yang hakiki (sehingga) tiada suasana demokratik yang subur.

"Rasuah berlaku disebabkan tiada peruntukan diberikan kepada semua parti, sesiapapun yang memerintah perlu lihat hakikat ini demi kepentingan negara.

"Setiap tahun, kerajaan (pusat) memberikan geran pada setiap parti politik RM10 juta umpamanya supaya semua parti-parti tidak perlu mendekati (ahli) korporat atau melakukan rasuah politik," kata beliau dalam forum Skandal Scorpene anjuran Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) malam tadi.

Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel dan Liew Chin Tong (Ahli Parlimen Bukit Bendera) turut tampil sebagai panel dalam forum tertutup yang dihadiri hampir 150 orang di Dewan Masyarakat Penyayang, George Town.

Perjanjian misteri antara kerajaan Malaysia dan DCNS Perancis berlaku pada 5 Jun 2002, iaitu semasa Perdana Menteri Malaysia Datik Seri Najib Tun Razak masih menjadi Menteri Pertahanan.

Anak syarikat DCNS bernama Thales didedah melakukan rundingan langsung dengan Terasasi (Hong Kong) Ltd. yang mempunyai hubungan tidak langsung dengan Abdul Razak Baginda, iaitu bekas Setiausaha Politik kepada Najib.

Bapa kepada Abdul Razak merupaka pemilik Terasasi yang berpengkalan di Hong Kong.

Itu, tidak termasuk bayaran 36 juta Euro IRM142 juta) oleh kementerian kepada Terasasi yang kononnya untuk "kera-kerja komersial" seperti yang didedah oleh peguan Perancis, Joseph Breham yang menawakili SUARAM.

Perimekar yang dikuasai oleh isteri Abdul Razak turut didedah menerima bayaran 114.96 juta Euro daripada kementerian sebagai "koordinator perkhidmatan".

Pada 26 Julai 2006, kapal selam ini dinamakan sempena bekas-bekas perdana menteri - KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak - demi menutup unsur penyelewengan kuasa dari diketahui rakyat.

Kapal selam sulong dilancarkan di Perancis pada 24 Oktober 2007 dan KD Tunku Abdul Rahman itu tiba di Pelabuhan Klang pada 3 September 2009.

SUARAM pada 23 Disember 2009 mengemukakan laporan pada Mahkamah Perancis bagi memulakan siasatan awal agar maklumat mengenai perjanjian kerajaan Barisan Nasional pusat dan Perimekar yang dianggap "rahsia kerajaan" di Malaysia diperoleh.

11 Februari 2010, KD Abdul Rahman dilaporkan tidak boleh menyelam atas masalah teknikal.

Manakala pada April 2010, Mahkamah Perancis dilaporkan menerima usul menyiasat tuduhan rasuah berjumlah 114 juta Euro yang dibayar sebagai komisyen daripada DCNS Perancis kepada Perimekar.

Mei 2010 pula, waranti KD Tunku Abdul Rahman yang dipanjangkan dikenal pasti luput.

Pada 2 Julai 2010, kapal selam kedua sampai di Lumut enam bulan lewat dari masa yang dijadualkan.

7 Julai 2010, krew kapal selam Malaysia dilaporkan berpotensi hilang rating menyelam mereka disebabkan tidak pernah menyertai sebarang penyelaman percubaan.

Ini kerana, dilaporkan, KD Tunku Abdul Rahman tidak turun ke laut berpunca oleh masalah teknikal yang berlarutan.

16 Mac 2012 lepas, kes misteri itu akhirnya dibuka dalam Mahkamah Perancis di depan Hakim Roger Le Loire dan Hakim Serge Tounaire.

Beberapa akhbar antarabangsa melaporkan, nama Najib Razak, Abdul Razak Baginda dan mendiang Altantuya Shaaribu (yang diletupkan dengan C4 di Malaysia) disebut semasa proses siasatan tersebut berlangsung. -END

Klik gambar

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus