16 July 2012

[Pendapat] Kumpulan ‘Rakan Kongsi’ UMNO dalam Pas masih wujud?


Anuar Omar 
Mantan Ketua Waratawan Sinar Harian Utara

SEJAK Penubuhan Pas pada 1951, Umno/Barisan Nasional merupakan satu-satunya musuh yang nyata kepada Pas dalam wadah politik Negara. Hal ini jelas kerana Umno juga merupakan pencabar Pas dalam setiap pilihanraya di semua kerusi DUN ataupun Parlimen.

Selain Pilihanraya, Pas juga menentang Umno disebabkan Dasar yang dibuat oleh mereka yang dilihat bercanggah dengan Islam, malah ada kalanya dasar yang digubal semata-mata untuk menindas rakyat.

Atas dasar itu juga, Pas menolak untuk ‘bekerjasama’ dengan UMNO dari dulu sehingga sekarang. Cuma, ketika krisis kepimpinan Pas pada tahun 1974-1978 dimana Pas dibawah kepimpinan Dr Asri Muda ‘terpedaya’ dengan janji manis UMNO ketika itu.

Hasilnya, krisis kepimpinan paling ‘parah’ yang diterima Pas sehingga kehilangan Kelantan dan hilangnya pengaruh dikalangan rakyat di seluruh Negara kerana rata-rata ahli dan rakyat menolak ‘kerjasama’ tersebut.

Pada ketika itu, dalam keadaan Pas semakin kuat dan Umno semakin lemah, Umno telah berjaya ‘meyakinkan’ kepinpinan Pas bahawa ‘kerjasama’ tersebut membawa kebaikan kepada Melayu dan Islam.

Padahal, pada waktu itu Umno kehilangan kepercayaan rakyat sehingga kehilangan beberapa kerusi Parlimen dan Kelantan serta Terengganu kerana Dasar mereka yang menzalimi rakyat pada ketika itu.

Setelah melalui tempoh yang mencabar antara 1978 hingga 1982 di mana PAS terpaksa berhadapan dengan perpecahan, kehilangan kuasa pemerintahan, tekanan ISA dan krisis kepemimpinan, akhirnya PAS telah mengasaskan kepemimpinan ulamak pada Oktober 1982.

Tuan Haji Yusof Rawa telah diangkat untuk memimpin PAS bagi menggantikan Datuk Mohd Asri yang meletakkan jawatan. Permulaan era kepemimpinan ulamak memperlihatkan PAS kembali kepada asas perjuangannya untuk mendaulatkan Islam dan memberikan penekanan terhadap kewajipan tersebut.

Gerakan dakwah PAS berkembang dengan lebih tersusun melalui pendekatan haraki dan dalam masa yang sama PAS terus membina jambatan dakwah dengan non-Muslim sehingga terbentuk Majlis Perundingan Cina (CCC).

Di sudut yang lain, pendekatan PAS telah disambut oleh kerajaan dengan melaksanakan juzuk tertentu daripada Islam seperti Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Dasar Bersih,

Cekap dan Amanah serta penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan lain-lain.

Malah, ketika Pas ‘dikhianti’ Umno Pada 1978, ramai ahli-ahli Pas yang ditangkap dibawah Ordinan Darurat 1974 (ISA) . Ramai yang diseksa dan dizalimi oleh Kerajaan ketika itu setelah mendapat kuasa yang kukuh setelah PRU 1978.

Kemuncak kepada kezaliman Umno terhadap Pas adalah di dalam Peristiwa Memali 1985 dimana seramai 13 pengikut Ustaz Ibrahim Mahmood atau Ibrahim Libya ditembak syahid oleh polis.

Rentetan daripada itu, skrip kekejaman Umno terhadap Pas tidak pernah berhenti. Ada sahaja pemimpin Pas yang ditangkap, didera, diseksa samada secara mental atau fizikal bagi melemahkan semangat mereka melawan Umno.

Kezaliman dan kekejaman UMNO kepada Pas tidak pernah ‘padam’ sehingga sekarang. Terbaru siri kekejaman terhadap ahli Pas dalam Bersih 1.0, 2.0, 3.0. Ada yang buta, cedera, cacat dan paling menyedihkan ada yang meninggal dunia.

Ketika Rakyat membicarakan tentang kezaliman Umno dan rakyat bangkit menolak UMNO, tiba-tiba muncul gerakan dalaman Pas yang berusaha untuk membentuk Kerajaan Perpaduan selepas PRU 2008.

Kumpulan ini diakatakan aktif bergerak didalam jemaah untuk ‘mencantas’ pemimpin-pemimpin yang pro kepada Pakatan Rakyat sehinggakan kumpulan ini menerima ‘tawaran lumayan’ dari Umno.

Malah kumpulan ini juga secara terang-terangan melakukan penentangan ke atas setiap dasar Pakatan Rakyat menghentam pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan beberapa negeri Pakatan Rakyat yang lain.

Kemunculan bekas pemimpin Pas di Pentas UMNO juga dilihat semakin rancak. Nama-nama seperti Dr Hassan Ali, Ust Hassan Basri, Ust Hafiz Nordin dan beberapa pemimpin lagi sering memenuhi ceramah jemputan UMNO.

Di sudut yang lain, Pemimpin Pas yang masih mempunyai jawatan juga dilihat sedang ‘mengatur’ strategi untuk menumbangkan pemimpin Pas yang menolak kerjasama dengan UMNO.

Malah, lebih dasyat lagi, ada pertemua sulit diantara kepimpinan Pas semasa dengan mereka yang mengangotai NGO seperti JATI, BADAI dan lain-lain lagi yang ‘sibuk’ menghentam Pas dan Pakatan Rakyat.

Apakah benar masih wujud ‘Kelab Penyokong Umno’ dalam Pas seperti yang diuar-uarkan sebelum ini?. Jika ada, adakah pemimpin atasan tidak mengambil peduli dengan perkara ini?

Sebelum menjadi parah, eloklah kepimpinan atasan melihat perkara ini dengan lebih serius supaya ianya tidak menjadi barah dalam Pas. Lihatlah pengorbanan dan penderitaan ahli Pas dan Rakyat sebelum krisis kepimpinan dan hilang kepercayaan seperti tahun 1974 berulang menimpa Pas semula.

SEBARKAN!

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus