08 August 2012

Bersih 3.0: Umno punca polis zalim, bukan sebab Sunni-Syi'ah

1. Aliran Sunni dan Syiah lahir sejak zaman Sahabat lagi. Kedua-dua mazhab ini mempunyai manhaj tersendiri yang saling berbeza.

2. Salah satu perbezaan pada kedua-dua manhaj ini adalah dari segi sumber hukum syarak.

3. Sumber hukum syarak dalam Sunni umumnya ada empat. Dua daripadanya adalah bersifat qat'i, iaitu al-Quran dan al-Hadith. Dua lagi, Ijmak dan Qiyas. Semua ketetapan hukum termasuk perihal keimanan dan kekufuran seseorang adalah berdasarkan pada keempat-empat sumber hukum di atas.

4. Mengenai perbalahan siasah yang begitu tajam sejak zaman Khalifah Uthman al-Affan sehinggalah selepas zaman Khalifah Ali bin Abi Talib karramaLlahuwajhah, ulamak Sunni tidak pernah mengkafirkan mana-mana Sahabat r.a.hum.

5. Firman Allah s.w.t yang bermaksud, "...Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah..." (al-Quran, 9:100)

6. Ulama Sunni berpendapat, "Kullu sohabah 'udul" (baca: Semua Sahabat Rasulullah s.a.w dipelihara keadilan mereka) sama ada mereka yang berbeza pendapat dengan Uthman atau mereka yang berbeza pendapat dengan Ali.


7. Berbeza dengan Aliran Syiah yang turut menjadikan sejarah sebagai sumber hukum syarak kelima yang ditetapkan oleh para imam mereka.

8. Ada di kalangan Imam dan mazhab tertentu dalam aliran Syiah mengkafirkan Khalifah Muawiyah bin Abu Sufian r.a dan beberapa sahabat lain disebabkan sumber sejarah ini dianggap sebagai sumber hukum syarak.

9. Perbezaan politik antara Sahabat yang menyokong Khalifah Ali dan Khalifah Muawiyah ditajamkan menjadi isu akidah disebabkan manhaj Syiah nyata berbeza dengan Sunni.

10. Pun begitu, ada dalam kalangan Imam dan intelektual Islam masih menganggap Muawiyah dan beberapa Sahabat r.a.hum lain sekadar golongan yang zalim, tidak sampai pada kafir.

11. Syed Hossain Nasr dan al-Imam Sayyed Mutthahari adalah antara intelektual yang tidak mengkafirkan mana-mana sahabat berdasarkan perspektif sejarah yang relatif itu.

12. Adalah tidak wajar bagi pengikut Sunni menimbulkan perasaan dendam dan mengajak pengikutnya untuk membunuh pengikut Syi'ah disebabkan peristiwa Muawiyah diperangi oleh pengikut-pengikut al-Imam Ali dari kalangan golongan Syi'ah.

13. Perbuatan itu seolah-olah memperlihatkan golongan Sunni juga seakan cuba menjadikan sejarah tragedi yang berlaku pada zaman Sahabat r.a.hum sebagai sumber hukum syarak yang kelima.

14. Sesungguhnya para Imam terkemudian dalam Syiah sendiri pun sudah boleh menerima bahawa perbezaan di kalangan Sahabat r.a.hum terdahulu adalah hal politik yang tidak harus membawa pada saling mengkafirkan antara Sunni dan Syi'ah.

15. Bahkan, di kalangan mereka sudah ada yang berpendapat, saling berbunuhan yang membabitkan pengikut Syi'ah atau Sunni itu kalau datang dari pemerintah, itu adalah kezaliman pemerintah semata-mata.

16. Jika pendapat Ahli 'Ilm terdahulu sendiri pun mengambil sikap yang sederhana dengan menyebut "kullu sohabah 'udul", takkan saya harus mengambil pendirian dengan melampaui mereka dengan mengkafirkan mana-mana secara semberono.

17. Jika perbezaan manhaj ini boleh menjadi lesen bagi saya untuk mengkafirkan mana-mana pengikut Syi'ah, menhaj mereka pun boleh mengkafirkan saya yang mengikut aliran Sunni. Apakah menajamkan perbezaan manhaj ini memberi keuntungan pada umat dan Islam itu sendiri?

18. Sebagai Sunni, saya lebih menganggap golongan Syiah sebagai "ahli bid'ah" iaitu golongan yang melakukan sesuatu amalan beragama yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. "Ahli Bid'ah" adalah "ahli bid'ah" yang tidak wajar dikafirkan secara semberono, sebaliknya diserahkan kepada Allah s.w.t.

19. Seseorang pemerintah sama ada Sunni atau Syiah yang melakukan kezaliman wajar ditentang habis-habisan tanpa mengira perbezaan mazhab kerana Allah s.a.w sendiri berfirman yang bermaksud, "Jangan kamu cenderung pada orang-orang yang melakukan kezaliman, kelak kamu disambar api neraka..." (al-Quran, 11:113)

20. Saya diminta memberi respons pada tulisan saudara Riziqin yang berjudul "Khalid Ismath Syiah wajar dibunuh" (http://riziqin.blogspot.com/2012/05/khalid-ismath-syiah-wajar-dibunuh.html)

21. Saya juga diminta memberi respons pada tulisan saudara Abu Nawas yang berjudul "Khalid Ismath yang aku kenal" (http://wasiatpejuang.blogspot.com/2011/12/khalid-ismath-rakan-adam-adli-di_3504.html)

22. Sebagai seorang Islam yang menganut manhaj Sunni, saya tidak akan menjadikan sejarah perbezaan pendapat dalam kalangan Sahabat r.a.hum untuk mengkafirkan mana-mana muslim yang lain termasuk Khalid Ismath kerana sejarah bukanlah sumber hukum syarak di kalangan Sunni.

19. Bagi saya, Riziqin tidak wajar menajamkan mazhab Syiah yang diikuti oleh Khalid Ismath untuk membunuh pemimpin mahasiswa itu kerana perbuatan tersebut hakikatnya bertentangan dengan dalalah nas dari sumber hukum syarak yang qat'ie sendiri iaitu al-Quran.

20. Mengenai contengan Khalid Ismath: "Saya setuju jika semua polis dibunuh. Kerana begini caranya mereka melayan rakyat. Jadi setiap kali demo, tidak ada rundingan dengan polis lagi. Lawan tetap Lawan" di dinding Facebook sebelum ini, itu di bawah ketegori pendapat peribadinya sahaja.

21. Jika fatwa sekalipun, umat Islam boleh untuk mengikut atau sebaliknya kerana kedudukannya yang tidak sampai pada kedudukan Ijmak serta tidak bersifat qat'i (baca: mutlak), inikan pula kenyataan peribadi Khalid Ismath yang selama-lamanya di bawah ketegori pendapat orang awam sahaja.

22. Baik Sunni atau Syi'ah, sesuatu pendapat itu boleh untuk kita bersetuju atau sebaliknya.

23. Ketetapan hukum syarak sendiripun, menurut Sunni atau Syiah pada perkara zahir, bukan sebaliknya. Justeru lafaz "Saya setuju jika semua polis dibunuh..." hakikatnya tidak boleh sampai Khalid Ismath dihukum bunuh balas (baca: Qisas) jika sekadar menulis di Facebook.

24. Polis tidak wajar menahan Khalid Ismath kononnya atas alasan pencegahan (Sad az-Zara'ie), kerana langkah itu di sisi Islam tidakl boleh sampai menafikan hak Khalid Ismath, iaitu menyatakan protes ke atas tindakan kasar lagi zalim polis memukul rakyat yang berhimpun secara aman di Kuala Lumpur pada 28 April lepas anjuran Bersih 3.0.

25. Tidak polis memukul rakyat nyata suatu perbuatan yang zalim. Kalau ikut hukum syarak daripada nas al-Quran yang sahih lagi soreh di sisi Sunni sekalipun, polis-polis berkenaan wajar dipukul balas (qisas) oleh mangsa-mangsa berwajib.

Qisas ke atas Polis berkenaan ini menurut aliran Sunni. Ada sesiapa nak bunuh saya kerana memprotes 'Polis Raja Di Malaysia' yang zalim itu sebagaimana Khalid Ismath diancam bunuh kononnya atas sentimen Shi'ah?

"SAYA BERSETUJU UNTUK BERBEZA PENDAPAT"

Zainulfaqar Yaacob
Johor Bharu | 9.25 pagi

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus