10 August 2012

Hari Ulang Tahun ke-38 saksi MPSP dalam peta dunia

DARI KIRI: Rozali Mohamud, Maimunah Mohd. Shariff, Chow Kon Yeow dan Chong Eng
melancarkan  Laporan Setengah Tahun 2012 Penilaian Pencapaian FOKUS MPSP.

HARi ulang tahun ke-38 penubuhan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) baru-baru ini mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi satu-satunya pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam negara ini yang dimuatkan dalam peta dunia.

Yang Dipertuanya, Maimunah Mohd. Shariff berkata, pengiktirafan peringkat global itu sekaligus menjemput wakil Majlis untuk menghadiri satu persidangan berprestij di Bacelona dalam tahun ini.

"Kita sangat gembira kerana MPSP dimuatkan dalam peta dunia. Kita dijemput ke Bacelona untuk menyertai pembentukan jawatankuasa baru (mengenai PBT) di peringkat dunia.

"Sesungguhnya kos menghantar wakil kita (MPSP) ke Bacelona bukanlah begitu murah. Maka, kita akan cuba mencari tajaan selain mendapatkan bantuan kewangan daripada Kerajaan Negeri (Pulau Pinang) jika boleh," ujar beliau semasa menyampaikan ucapan alu-aluan di Dewan MPSP, Bandar Perda, Bukit Mertajam.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yeow turut menyampaikan ucapan kemuncak seteresnya merasmikan majlis penuh istiadat itu.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng, Ir. Rozali Mohamud (Setiausaha Majlis MPSP) serta Ahli-Ahli Majlis lain turut hadir pada majlis tersebut.

Kon Yeow turut melancarkan Laporan Setengah Tahun 2012 Penilaian Pencapaian FOKUS MPSP pada majlis tersebut.

Beliau berkata, beliau yakin bahawa komitmen padu MPSP mampu mengubah persepsi umum kononnya 'Seberang' dipinggirkan dari arus pembangunan yang cuba diusahakan oleh Kerajaan Negeri.

"Persepsi awam melihat 'Pulau' lebih maju tetapi saya percaya komitmen MPSP boleh memajukan 'seberang' sama maju dengan 'pulau'," ujar beliau.

Pada majlis tersebut, para pegawai serta kakitangan sokongan majlis yang memberi perkhidmatan cemerlang turut dihargai melalui pemberian anugerah serta sumbangan.

Kejayaan MPSP itu sekaligus menjadi satu lagi rekod kecemerlangan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan Ketua Menteri, Tuan Lim Guan Eng yang kini berusia kira-kira empat tahun. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus