24 August 2012

Mansor: Blog anti-PR cuba keruhkan hubungan baik saya, Guan Eng


Simbol muafakat menghadapi politik fitnah Umno Barisan Nasional

Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman menjelaskan bahawa partinya tidak pernah menggambarkan Y.A.B Tuan Lim Guan Eng sebagai "angkuh, sombong dan tokong" seperti yang difitnah dalam blog gelagatanwar.wordpress.com.

Malah, Mansor yang juga Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang berkata, "tidak ada Mesyuarat Strategik Parti sepertimana yang dilaporkan" dalam blog anti Pakatan Rakyat itu.

"Apa yang didakwa sebagai Mesyuarat Strategik Parti sebenarnya adalah suatu perjumpaan antara sekumpulan ahli-ahli PKR dengan Pengerusi Perhubungan Negeri, iaitu saya...jadi tidak ada minit untuk mesyuarat itu.

"Yang pasti, perjumpaan ini telah dirakam dan kemudiannya diposkan dalam blog anti-PR (Pakatan Rakyat) dengan niat jahat untuk pertamanya merosakkan jalinan kerjasama dan hubungan baik antara PKR dan DAP di ambang pilihan raya.

"Keduanya, untuk mengeruhkan hubungan baik antara YAB Ketua Menteri dan saya," ujar beliau dalam satu sidang media bersama-sama Guan Eng di Komtar, George Town.

Hadir bersama, Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, Datuk Mohd. Salleh Man (Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang), Datuk Abdul Malik Abul Kassim (PKR).

Mansor yang juga Naib Presiden PKR turut menjelaskan semula mengenai kontroversi Guan Eng dituduh "angkuh, sombong dan tokong" semasa disoal balas oleh wartawan yang hadir.

"Pertama, saya kagum dengan kesungguhan dan kerja keras Y.A.B Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam usaha membawa kemajuan kepada negeri ini dan kebajikan serta kesejahteraan kehidupan rakyat Pulau Pinang.

"Saya menyokong penuh visi ini dan yakin dengan kepimpinan, kebolehan serta keupayaan YAB Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam merealisasikan matlamat ini," jelas beliau.

Beliau bagaimanapun dilihat tidak pula merakamkan ucapan kemaafan secara terbuka kepada Guan Eng di sebalik kontrioversi tersebut.

Beliau berkata, beliau yakin bahawa hubungan PKR dan DAP serta hubungan beliau dengan Guan Eng akan lebih akrab di sebalik kontroversi yang dicetuskan oleh pihak anti-PR berkenaan.

Semalam, Kon Yeow menuntut Mansor memberi penjelasan mengenai kontriversi yang dilaporkan dalam sesawang Malaysiakini.com.

Dalam beberapa laporan Malaysiakini.com sebelum ini, Mansor digambarkan kecewa apabila minit misteri itu didedah dalam satu blog tanpa identiti sebelum tersebar ke seluruh alam maya.

Malah, Mansor sebelum itu turut dilaporkan menafikan kesahihan minit mesyuarat tersebut.

Kontroversi terbaru yang melanda kepemimpinan Pakatan Rakyat Pulau Pinang sebelum ini seakan mengiyakan prediksi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia merangkap Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Majlis Hari Terbuka Aidilfitri di Penanti baru-baru ini.

Anwar meramalkan Umno dan Barisan Nasional akan terus menggandakan politik fitnah ke atas pemimpin Pakatan Rakyat disebabkan mereka takut perpaduan rakyat pelbagai kaum dijangka menolak mereka pada Pilihan raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus