20 September 2012

Dapatkan Buku “Pendedahan di Parlimen”

Buku pertama Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU – Political Studies for Change) berjudul "Pendedahan di Parlimen: Dasar dan Cabaran Malaysia" kini diterbitkan dengan kata pengantar oleh Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Buku ini disunting oleh Pengarah Eksekutif KPRU, Ooi Heng dan memberi tumpuan kepada topik-topik penting tatkala Malaysia berada di ambang perubahan. Sebagai sebuah badan pemikir dan penyelidikan, KPRU berharap kelahiran buku ini dapat memanjangkan wacana yang mengangkat dasar kepedulian rakyat. Buku setebal 290 halaman ini berharga RM28 (tidak termasuk kos kiriman) dan merupakan penerbitan bersama KPRU dengan Strategic Information and Research Development Center (SIRD).

Sesiapa yang berminat untuk membelinya sila emel Ooi Heng melalui ooiheng@gmail.com dengan menyatakan nama, nombor telefon bimbit, alamat dan bilangan tempahan.

 **Petikan Kata Pengantar Dato' Seri Anwar Ibrahim** Berbeza dengan sistem parlimen di India, Indonesia, United Kingdom dan Australia, ahli-ahli Parlimen di Malaysia tidak diperuntukkan dengan pegawai penyelidik. Justeru, penubuhan Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) sebagai sebuah pasukan penyelidikan yang digerakkan oleh saudara Ooi Heng dan sekumpulan anak-anak muda yang komited dalam membantu urusan penyelidikan dan penyediaan maklumat sebagai dukungan terhadap peranan wakil-wakil rakyat pembangkang sewajarnya dihargai dan dimanfaatkan sebaiknya.

Komitmen mereka sememangnya bererti dalam memudahcara tugas serta tanggungjawab seseorang wakil Parlimen yang secara umumnya berperanan untuk menggubal undang-undang dan juga dasar yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara. Parlimen seharusnya menjadi "gelanggang" rasmi di mana segala bentuk perbincangan, perbahasan dan persetujuan melibatkan dasar negara termasuk aliran keluar masuk wang awam dikawal selia secara telus dan terbuka.

Dalam erti kata lain, Parlimen bukan sekadar platform untuk perbahasan dasar-dasar yang berkait dengan kepentingan rakyat, bahkan seharusnya ia bersifat luwes yakni berupaya berperanan sebagai pemantau yang menjadi penimbang tara kepada ketelusan pentadbiran kerajaan yang memerintah.


Kalau Takut Dipukul Badai... Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus