05 September 2012

Rumah terbengkalai 16 tahun era BN P.Pinang berjaya diselesaikan




PROJEK perumahan Taman Sungai Duri Permai dekat Jawi yang dihitung terbengkalai kira-kira 16 tahun lepas berjaya disempurnakan dalam masa dua tahun oleh pemaju swasta dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang era Pakatan Rakyat.

Berucap pada majlis penyerahan kunci rumah kepada penduduk berwajib baru-baru ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng memuji komitmen pemaju, Asas Dunia Bhd. kerana berjaya menyempurnakan projek tersebut lebih awal dari masa yang dijadualkan.

"16 tahun tak boleh siap sebab ikut cara Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang lama. Di bawah kerajaan baru Pakatan Rakyat, (projek tersebut) boleh siap lebih awal dari masa yang dijadual.

"Kalau disebut rumah kos rendah, kita bayang rumah pangsa. Di sini, lain dari yang lain kerana rumah kos rendahnya betul-betul di atas tanya," ujar beliau.

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dan Wong Hon Wai (Exco Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa Negeri) turut berucap pada majlis itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Maktar Shapee, Tan Beng Huat (ADUN Jawi), Maimunah Mohd. Sharif (Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai, MPSP), Ir. Rozali Mohamud (Setiausaha MPSP) dan Badrul Hisham Shaharin (Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Guan Eng berkata, Pengarah Urusan Asas Dunia, Datuk Jerry Chang Fook Sing wajar dipuji kerana sanggup rugi sehingga RM7 juta demi menyempurnakan projek rumah kos rendah atas tanah tersebut.

Sebelum pada itu, Jerry Chan berkata, pembeli-pembeli rumah yang ditemui mengaku terpaksa membatalkan niat membeli rumah disebabkan sukar untuk mendapatkan kelulusan pinjaman dari bank-bank di tempatan.

Difahamkan, sebanyak 114 rumah kos rendah dan 30 rumah kos sederhana rendah dengan harga masing-masing adalah RM80,000 seunit dan RM90,000 seunit.

Itu, tidak termasuk 224 rumah mampu milik ketegori "Town House" dengan harga RM38,000 seunit.

Guan Eng berkata, hampir 12,000 rumah kos rendah dan rumah kos sederhana rendah berjaya dibina sejak tahun 2008.

Dari jumlah itu, katanya, lebih 3,000 rumah mampu milik berjaya dibina oleh Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), manakala, lebih 8,000 unit lagi dibina oleh sektor swasta di negeri berkenaan.

"Kerajaan pusat pun tak bina rumah, tapi rumah-rumah itu dibina melalui SPAN (Suruhanjaya Perumahan Awam Negara). Samalah dengan Kerajaan Negeri (Pulau Pinang), rumah-rumah mampu milik ini dibina melalui PDC ," tegas beliau.

Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri juga merancang membina lebih 18,000 unit rumah mampu milik lagi di Batu Kawan secara berperingkat.

Penegasan itu sekaligus menangkis fitnah pembangkang Pulau Pinang belakangan ini kononnya pentadbiran Guan Eng gagal membina rumah mampu milik demi kepentingan rakyat terbanyak di negeri berkenaan. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus