18 September 2012

Tukang sapu kemalangan terharu dikunjung Guan Eng

Santhara Sagaran menerima sumbangan RM1,000 daripada Lim Guan Eng. 
SEORANG tukang sapu jalan raya Majlis Perbadaran Pulau Pinang (MPPP) yang kemalangan semasa dalam tugas baru-baru ini mendapat perhatian kepemimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Santhara Sagaran, 57, yang berkhidmat dalam MPPP kira-kira 32 tahun dilaporkan melahirkan rasa terharu kerana Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng sendiri datang melawatnya di Hospital Gleneagles, di sini pada 9 September lepas.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Guan Eng kerana sanggup mengeluarkan dana peruntukan Ketua Menteri berjumlah RM1,000 untuk dirinya.

Santhara berkata, kedua-dua belah kaki dan salah satu tangannya telah patah akibat dilanggar dek kereta Kancil dari arah bertentangan trafik dekat jalan Peel Avenue, di sini.

"Pekerja MPPP biasanya sapu jalan dari arah bertentangan dengan (laluan) trafik supaya dapat melihat (trafik kenderaaan) dengan lebih baik. Tetapi, malangnya (kereta) Kancil datang dari arah melawan trafik jalan lalu langgar saya," ujar beliau semasa ditanya oleh Guan Eng.

Beliau berkata, beliau kemudiannya dikejarkan ke Hospital Besar Pulau Pinang.

Namun, beliau mendakwa beliau tidak menerima rawatan sewajarnya hampir lapan jam sungguhpun beliau menjerit kesakitan di hospital itu.

Beliau kemudiannya mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta Gleneagles yang juga merupakan tempat isterinya bekerja.

Guan Eng dalam reaksi spontan berkata, "Pulau Pinang boleh jadi bersih, hijau dan selamat seperti yang disaksikan sekarang kerana negeri ini ada pekerja yang berdedikasi serta rajin seperti Santhara". -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus