25 October 2012

Wala' kepada Ulamak Pas 'Maksum Muqayyad', kata Nik Abduh

Dr Yusoff Al-Qardhawi kata, al-wala' atau "memberi kasih sayang serta kesetiaan kepada pemimpin" menurut Sunni terbahagi kepada dua.

Pertama, al-Wala' ad-Dinni (kesetiaan dalam perkara agama) iaitu secara mutlaq kepada Allah dan Rasul-Nya.

Ketaatan kepada pemimpin beriman yang adil adalah bersifat muqayyad, iaitu ditaati pemimpin itu selagi pemimpin itu mentaati Allah dan Rasul-Nya.

Kedua, al-Wala' al-Wathani (kesetiaan dalam perkara kenegaraan) iaitu dilakukan dengan kerelaan hati kepada seorang pemimpin sama ada Muslim atau non-Muslim yang mentadbir negara ke arah maslahah serta meninggikan keadilan hak ke atas rakyat terbanyak dalam negara berkenaan.

Sebagai contoh, rakyat mentaati perlembagaan, undang-undang negeri/negara hatta bayar cukai adalah antara simbol asas al-wala' al-wathani.

Di Pulau Pinang, ahli-ahli Pas pernah diminta mempertahankan idea Kerajaan Perpaduan (UG) antara Umno dan Pas atas alasan wajib wala' kepada ulamak terutama Presiden, Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Bakal Ketua Pemuda, Nik Abduh sendiri dalam suatu mesyuarat Pas baru-baru ini pernah berkata, pandangan ahli majlis syura adalah MAKSUM MUQAYYAD semasa beliau m mempertahan status Nasharuddin Mat Isa yang dibangkitkan oleh seorang AJK Pas Pusat.

Bakal Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam reaksi spontan turut mengaku MAKSUM MUQAYYAD memang ada dalam Islam.

Suka saya katakan, pendapat aneh itu mendekati faham dalam Syiah yang nyata bersalahan dengan semua aliran fiqh al-Islami dalam mazhab Sunni.

Mazhab Syiah antara lain berpegang bahawa pandangan para iman mereka adalah bersifat MAKSUM yang mesti diterima oleh para penganutnya.

Dengan erti kata lain, pegangan Syiah ini saling tak tumpah seperti doktrin yang diajar oleh para ulamak UG dalam Pas, iaitu "kita kena wala' pada ulamak dan kena wala' pada idea UG kerana idea itu datang daripada ulamak".

Apabila saya kata seperti ini, tentu akan ada geng ulamak UG akan kata saya "tiada adab berjemaah, tiada wala' kepada pemimpin jamaah Pas sebab tegur pemimpin secara terbuka."

Suka saya katakan, al-wala' dan tegur pemimpin secara terbuka adalah dua perkara yang berbeza.

Oleh kerana selalu sangat segelintir ulamak UG dalam Pas kata "anta tak wala' laaaa sheikh apabila tegur ulamak UG secara terbuka", maka ia seakan menjadi candu, sakral dan doktrin yang jahat.

Suka saya katakan kepada grup Sang Diktator Agama berkenaan, Sunni sebenarnya menerima budaya menegur pemimpin secara terbuka.

Tak perlulah saya perjelas satu persatu di sini kerana sangat banyak contoh dalam sejarah era khulafah ar-rasyidin yang semua kita ketahui.

Syiah sahaja menolak budaya tegur secara terbuka. Sebab itu, ada banyak sahabat dikafirkan kerana mereka yang diredhai Allah ini ada berbeza ijtihad dengan keluarga nabi yang lebih dipopularkan sebagai Ahli Bait.

Nasharuddin, Nik Abduh hatta Ahli Majlis Syura Ulamak Pas yang lain Ahli Bait?

Halang budaya tegur pemimpin secara terbuka sebab Ulamak UG nak ajar saya mendekati mazhab Syiah?

Inilah akibatnya selalu fitnah Mat Sabu sebagai Syiah, tapi tak sedar idea UG Umno dan Pas cuba dihidupkan kembali ini mendekati faham Syiah.

Cuba semak status NGO-NGO yang menganjurkan wacana KEMBALIKAN PAS KE LANDASAN ASAL pada Selasa, 6 November depan (mula 8 pagi) di Grand Seasons Hotel, Jln. Phg, KL.

Orang kuat pejabat agung Pas yang minta disemak wacana itu kerana takut ulamak UG sebar faham Syiah dalam kalangan perwakilan demi menjayakan idea membawa Pas bergabung dengan Umno di PRU13 nanti.

Setuju?

TOLAK "UG dalam jalur Syiah, Syiah dalam jalur UG"!!!

Zainulfaqar Yaacob
Fotojurnalis / Blogger
George Town, Pulau Pinang

+60194241583
faqar.blogspot.com | penanginsight.com
No.A/C 164258481533 (Maybank2U) & 14171020182480 (Bank Islam)

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus