21 February 2012

Guan Eng dedah terperinci tender terbuka Bayan Mutiara

KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terus mendesak dua pemimpin Umno supaya meninggalkan arena politik masing-masing sambil mendedahkan secara terperinci mengenai penjualan tanah Bayan Mutiara
yang dilakukan secara tender terbuka.

Mereka adalah Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman dan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Guan Eng berkata, tender terbuka yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2010 menyaksikan sebanyak 37 pihak membeli dokumen tender dengan harga RM3000 setiap satu.

Kerajaan negeri, katanya, hanya menerima 4 dokumen tender ketika tender ditutup pada 31 Disember tahun yang sama.

Chowrasta dinaik taraf jadi ikon warisan P.Pinang

SEJAJAR dengan status George Town sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco, Kerajaan Negeri Pulau Pinang merancang untuk menaik taraf Pasar Basah Chowrasta menjadi ikon "Central Business District" bagi George Town.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata, projek yang menelan belanja antara RM10 juta hingga RM12 juta itu dapat dilakukan kerana kerajaan negeri mempunyai lebihan belanjawan selain keuntungan yang diperoleh daripada Majlis Perbadaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

"Pembangunan semula Pasar Chowrasta adalah yang pertama dilakukan sejak tahun 1961 (ia ditubuhkan).

"Penaiktarafan ini merupakan satu lagi kesungguhan pentadbiran Pakatan Rakyat dalam mempromosikan bangunan warisan," ujar beliau pagi tadi pada satu sidang akhbar di Komtar, George Town. 

Rumah gelita Orang Asli mohon sumbangan

Kilang-kilang gergasi milik kroni kalau hutang tertunggak elektrik mencecah ratusan ribu pun, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mungkin tidak memotong bekalan elektrik mereka.

Rakyat, yang dihimpit kemiskinan kalau hutang tertunggak dua hingga tingga bulan sekitar RM100 pun, bekalan elektri mereka mungkin dipotong.

Demikianlah tiga sekeluarga terpaksa bergelap gelita di Perkampungan Orang Asli Desa Iman, Kuala Kerling.

Gaji tidak menentu, kadang-kadang boleh mencecah RM500 sebulan dengan mencari hasil hutan tidak cukup bagi Siti Nordiana Abdulah, Arman Abdulah dan Muhmad Ali Abdulah.

Mujur kesempitan hidup mereka mendapat perhatian AJK Surau berhampiran.

Tanpa perhatian TNB pun, AJK surau berkenaan cuba mengumpul dana bagi menyambung semula harapan tiga sekeluarga terbabit.

Dermawan yang ikhlas boleh menyalur dana ke Akaun Surau Orang Asli Kuala Kerling atas nama "Surau Taufiqiah" No.Ac. 3981747705 wadiah Public Bank.

1MALAYSIA SAPU MALAYSIA!!!

[video] 'Misteri ceti tanah Kg Binjai'


Jingga13 pelawa Perkasa demo anti Israel esok

NGO mesra Pakatan Rakyat, Jingga 13 mempelawa pertubuhan pendesak Melayu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) untuk bersama-sama memprotes kerajaan Barisan Nasional pusat yang didakwa menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara Israel.

Ketuanya, Cikgu Faris Musa berkata Perkasa boleh menyertai demontrasi aman di WestPort, Pelabuhan Klang pada 5.00 petang esok berikutan kebenaran masuk kapal Zim Europa ke perairan negara.

Perhimpunan itu turut menerima solidariti sokongan dari Angkatan Anak Muda (AMK), Kesatuan Sekerja North Port dan Anwar Ibrahim Club.

Sama-sama kita nantikan, sandiwara Perkasa sama ada bersama aspirasi umat menentang Israel atau sebaliknya. -END

Najib main api, Rosmah 'main' Perkasa

PERDANA Menteri didakwa sedang bermain api perkauman apabila isterinya Datin Seri Rosmah Mansor menyokong kumpulan pendesak Melayu bernama Perkasa, kata Lim Guan Eng.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata demikian sebagai mengulas kehadiran Rosmah ke majlis makan malam PERKASA Sabtu lalu.

Guan Eng berkata, sokongan itu mencerminkan pentadbiran Najib tidak komited dengan agenda kesederhanaan global, sebalik masih cenderung pada ekstremisme bangsa.

"Najib bermain permainan berbahaya dengan menyokong dan menaja PERKASA, manakala pada masa yang sama, kononnya menggalakkan kesederhanaan dan perpaduan negara melalui slogan 1Malaysia yang jelas kosong.

"Akibat sokongan aktif dan juga pasif mereka terhadap PERKASA, Najib, Rosmah dan kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua perbuatan melamapau dan kenyataannya yang menghasut," katanya yang juga Setiausaha Agung DAP.

Ujar Guan Eng lagi, kehadiran Rosmah sebagai tetamu kehormat pada acara malam amal itu sekaligus membuktikan bahawa Najib dan kerajaannya adalah terbuka terbuka penyokong  "pergerakan ultra-nasionalis dan perkauman".

"(PERKASA) berselindung sebagai sebuah NGO dalam usaha menyembunyikan sokongan kerajaan terhadapnya," kata beliau.

Beliau juga menuduh PERKASA sebagai pertubuhan yang cuba menghasut orang ramai dan memberikan contoh perbuatan membakar gambar pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan yang juga dilabelkan sebagai "wanita Hindu yang berbahaya".

Sabtu lepas, Ibrahim memuji Rosmah sebagai  "srikandi negara"  di hadapan kira-kira 700 orang penyokongnya sambil memberitahu isteri perdana menteri: "We all love you,".

Ibrahim berkata Rosmah juga seorang individu yang luar biasa kerana sering dilemparkan fitnah oleh pembangkang dan juga media baru "yang nakal dan tidak bertanggungjawab."

Malah, semasa menyambut ketibaan tokoh wanita itu, Ibrahim juga dilaporkan mencium tangannya.

Rosmah pada ucapannya turut bersyukur kerana presiden PERKASA  turut menyokong beliau dalam beberapa isu.

"1MALAYSIA TAKUT BINI"

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus