Skip to main content

Posts

Showing posts from February 22, 2012

WiFi pencuma P.Pinang lahir warga kampung bestari

Di Kampung Padang Lembu dekat Dun Penanti pun, Kerajaan Negeri Pulau Pinang memasang internet wifi percuma bagi melahirkan rakyat bestari serta celik maklumat, kata timbalan ketua menteri 1 Datuk Mansor Haji Othman.

"Kita mahu melihat penduduk negeri bergerak seiring dengan ledakan maklumat. Dengan itu, mereka tidak mudah terpedaya dengan khabar angin sebaliknya boleh melihat sesuatu isu dalam pelbagai sudut sekali gus menuntut kebijaksanaan mereka dalam menilai," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri percaya masyarakat bestari dan bermaklumat mampu memperbaiki sistem demokrasi negara, selain menolak politik fitnah pembangkang Umno Barisan Nasional.

Saya percaya, rakyat Pulau Pinang boleh menilai dan sekali gus mengetepikan segala fitnah pihak tertentu yang cuba memberi gambaran buruk terhadap kita," kata beliau yang juga Adun Penanti.

Pada majlis perasmian baru-baru ini, beliau yang juga  Pengerusi PKR Pulau Pinang turut menyumbang lima komputer dan pencetak bernil…

Cerita 'Pokok Emas' Ustaz Khalid Man

Ceramah Khalid Man semalam saling tak tumpah macam arwah Dato' Fadzil Noor.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang ini membuat perumpamaan pemberian duit RM500 oleh Umno Barisan Nasional sekarang seperti "pokoh yang berbuah lima tahun sekali".
"Lebih 50 tahun, Umno (dan) Barisan Nasional tanam pokok, baru-baru ini keluar buah RM500. Rakyat baru boleh buah (RM500) selepas hampir 5 tahun tanam (tubuh kerajaan pusat Mac 2008). "Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang pun tanam pokok. Pokoknya tak reput macam pokok yang Umno (dan) Barisan Nasional tanam. Pakatan Rakyat tanam pokok emas. Tiap-tiap tahun berbuah. Ada buah 'warga emas' RM100, ada buah 'pelajar emas' RM100 dan ada buah 'anak emas' RM200. "Dalam pilihan raya kali ini, insyaAllah kita, Pakatan Rakyat kalau boleh nak tanam 'pokok emas' bukan sahaja di Pulau Pinang, tapi di Malaysia ini. Rakyat kena sokong PAS bersama Pakatan Rakyat supaya kita boleh sama-sama menanam beni…

Perkasa tak suka dilihat 'Terorisme'

ORANG Cina di negara ini mungkin berpusu-pusu menyokong Umno, MCA dan Gerakan di pilihan raya umum ke-13 nanti jika Lim Guan Eng berpeluk tubuh melihat  "terorisme" Perkasa.

Sebab itu, nada terorisme disuarakan sendiri oleh setiausaha agung pertubuhan pendesak Melayu berkenaan.
“Satu lagi cara anak kepada bapak segala rasis dalam negara ini untuk mendapatkan undi kaum Cina...pada Perkasa, Guan Eng yang bermain api," kata Syed Hassan Syed Ali.

PRU13: Melayu P.Pinang wajar pilih Cina DAP atau Cina Gerakan jadi Ketua Menteri?

PENGUNDi Pulau Pinang khususnya Melayu wajar dipelawa untuk milih untuk memilih Ketua Menteri dari kalangan DAP atau Gerakan pada pilihan raya umum nanti.

Tidak mungkin pemimpin Umno mampu merebut kerusi nombor satu itu kerana PM Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri berkata, "Umno tidak akan menuntut kepimpinan Pulau Pinang. Kami bersedia untuk bekerjasama dengan parti-parti komponen yang lain.
Jika Pakatan Rakyat kekal  menang, Lim Guan Eng kekal sebagai Ketua Menteri. 
Jika Barisan Nasional merampas negeri ini, Dr Koh Tsu Koon mungkin dilonjakkan semula ke kerusi Ketua Menteri. Itu pun, jika Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Dr Tan Hock Nan redha.

‘Brain Drain’, Talent Copr. & Najib…

DUA tahun lepas, Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Dewan Rakyat telahpun mendedahkan bahawa sebanyak 784,900 rakyat Malaysia menetap di luar negara sejak tahun 2000 hingga 2007. 10 negara dikenal pasti menjadi destinasi hidup dan kerjaya, antaranya Indonesia (303,828), Australia (78,854), Brunei Darussalam (57,346), Filipina (56,346), Amerika Syarikat (51,669), United Kongdom (50,061), Indonesia (46,850), Kanada (21,721), Jerman (16,602) dan India (14,932). Sidang Dewan Rakyat lalu mendedahkan lebih 504,000 rakyat tempatan (termasuk tenaga mahir) sekitar Mac 2008 hingga Ogos 2009 telah berhijrah keluar meninggalkan tanah air. Sumber rasmi Jabatan Perdana Menteri (JPM) memberitahu bahawa sejak 2001, kerajaan pusat melalui Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan Program Menggalakkan Warganegara Malaysia Berkepakaran Yang Bekerja Di Luar Negara Bekerja Pulang Ke Malaysia (REP).

MPPP beri 'Kak Tunda' dua hari buat penjelasan

'Kak Tunda' atau nama sebenarnya Jessie Ooi diberi masa dua hari untuk membuat penjelasan sebenar serta menarik semula dakwaan tidak berasas yang membabitkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Ahli Majlis MPPP, Muhammad  Sabri Md Osman berkata pihaknya akan membawa kes tersebut ke mesyuarat penuh majlis yang dijadualkan pada Jumaat ini untuk tindakan lanjut, termasuk kemungkinan mengfailkan saman kepada Ketua Beliawanis MCA  Selangor itu.

"Mohon maaf atau hadapi tindakan seterusnya selepas mesyuarat penuh Jumaat ini," ujar beliau tengah hari tadi di Dewan Bandaraya, George Town.