Skip to main content

Posts

Showing posts from February 25, 2012

Sumber dalam PKR nafi "Ustaz" kena tangkap basah

SUMBER dalaman alternatif PKR di Tropicana, Petaling Jaya baru menafikan berita mengenai "Ustaz PKR" Selangor kena tangkap basah semalam? melalui telefon ke Nota Merah.

Pemberi maklumat yang enggan namanya diketahui khalayak berkata, ketika pegawai pencegah maksiat dan polis hadir di kamar Hotel Swiss-Garden dekat Kuantan, Pahang, "Ustaz PKR" terbabit ditemui berseorangan dan bukan berkhalwat.

"Perempuan itu dengan anak dan mak perempuan itu ada bersama ketika itu. Pegawai (pencegah maksiat) dan polis membuat ketetapan bahawa itu bukan kes khalwat...(kerana) apabila pegawai (pencegah maksiat) dan polis datang, Ustaz terbabit keseorangan," ujar beliau kira-kira jam 11.55 pagi tadi.

Sumber turut menafikan laporan sebelum ini, kononnya "Ustaz" berkenaan dibelasah oleh suami serta waris perempuan tersebut.

"Suami dan adik beradik perempuan itu memang ada masalah dengan perempuan itu (sebab itu) suaminya sendiri minta perempuan itu mendapatkan n…

PM ke Kedah intai Azizan, PAS bergolak

LAWATAN rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kedah hari ini antara lain dilaporkan untuk membincangkan mengenai pergolakan dalaman dalam PAS di negeri berkenaan.

Sumber Jabatan Perdana Menteri (JPM) memberitahu, satu tinjauan lapangan akan dilancarkan dalam masa terdekat bagi mendapatkan reaksi rakyat terbanyak berhubung pentadbiran Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak yang dikatakan agak kurang demokratik jika dibandingkan dengan pentadbiran pemimpin utama Pakatan Rakyat di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.

"Ustaz PKR" Selangor kena tangkap basah semalam?

Seorang pemimpin utama PKR Selangor bergelar "Ustaz" semalam
ditangkap berkhalwat dengan isteri orang di Hotel Swiss-Garden dekat
Kuantan, Pahang.Sumber dalaman parti berkenaan berkata, khalwat pasangan tersebut
ditangkap sendiri oleh suami kepada perempuan durjana itu sendiri."Ustaz" PKR itu dilaporkan menerima kekerasan fizikal waris perempuan
durjana itu ditempat kejadian."Dia (Ustaz PKR) itu bukan ditangkap (khalwat) oleh (pencegah maksiat)
majlis agama. Suami perempuan itu serta keluarga perempuan itu sendiri
yang tangkap."Teruk dia (Ustaz PKR) ini kena belasah," lapor seorang pemimpin kanan
parti berkenaan.Sehingga 9.30 pagi tadi, belum ada pengesahan rasmi kes khalwat
tersebut oleh pihak berwajib, sama ada Majlis Agama Pahang atau
ibupejabat PKR yang berpengkalan di Tropicana, Petaling Jaya Selangor.Insiden ini dilihat masih belum mendapat perhatian media baru seperti
facebook, twitter dan blog.Malang tidak berbau. Semoga insiden sebegini menjadi peng…

Nik Aziz ganti Hadi bersemuka Azizan?

Pentadbiran Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dikatakan bersifat diktator sehingga membawa desas-desus tiga pemimpin PAS di negeri berkenaan enggan angkat sumpah sebagai exco mengundang campur tangan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar).

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dilaporkan akan bertandang dan bersemuka dengan Azizan di Kedah dalam sehari dua ini.

Campurtangan Nik Aziz selepas Azizan dikatakan menolak nasihat agama daripada Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Azizan dalam satu laporan mengatakan beliau berhak untuk tidak merujuk Abdul Hadi dalam proses perlantikan Exco Kerajaan Kedah yang baru.

Tindak tanduk Azizan yang tidak demokratik itu dikatakan bukan sahaja mencemar imej kerajaan negeri dan PAS, bahkan imej Pakatan Rakyat di negara ini.

Nota Kecil atau Nota Merah?

DiNNER malam tadi, saya bercerita panjang mengenai pengalaman semua priversi maya saya digodom hampir seminggu.

Blog saya digodam dan dipadam. E-mel, Facebook dan twitter ditukar password. Mujur tidak dipadam juga.

Alhamdulillah, sejak malam tadi saya sudah meramahi twitter dan facebook.

Saya buka e-mel baru menggunakan enjin blogger sebab blogger dikatakan lebih kebal sebab di bawah gmail.

Blog Nota Merah digodam kononnya sebab enjin wordpress tidak kebal serta mudah diceroboh.

Penulis kecil macam saya hanya tahu menulis. Saya tak pandai dunia internet, lebih-lebih lagi dunia hacker.

Padanlah digodam semua priversi maya saya.

Mahathir akui kroni Melayu, bukan Melayu dapat manfaat DEB?

TUN Dr Mahathir Mohamad seakan mendedahkan kroni-kroni Melayu dan bukan Melayu di sebalik perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sepanjang 22 tahun beliau menjadi perdana menteri sejak 1981.

"Tan Sri Vincent Tan, Robert Kuok, Ananda Krishnan, mereka semua menjadi jutawan ketika zaman saya, kenapa fokus kepada jutawan Melayu?" soalnya di The Malaysian Insider.

"DEB dilaksanakan untuk semua kaum, semua lapisan masyarakat," katanya ketika sidang media selepas berucap di majlis Bicara Minda bersama bekas perdana menteri itu anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dekat Kuala Lumpur.

Dr Mahathir berkata, individu tersebut yang menjadi jutawan disebabkan mereka berkeupayaan.

Hak lantik Exco Kedah tak perlu rujuk Presiden PAS, kata Azizan

Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau berhak untuk tidak  merujuk Presien PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pemilihan exco kerajaan negeri Kedah yang baru.

Menteri Besar Kedah itu berkata beliau telah menyerahkan senarai nama exco kerajaan negeri bagi 2012 kepada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang juga Yang di-Pertuan Agong, dua hari lepas di Istana Negara.

Ayah Ketua AMK P.Pinang bertemu Tuhan

Arwah ayah Ketua AMK Pulau Pinang, bernama Pak Cik Ghazali selamat menghembuskan nafas terakhir sebelum Jumaat semalam.

Twitter @DinSharpshooter melaporkan, beliau dikebumikan selepas Solat Fardhu Jumaat.

Kematian arwah dipercayai khalayak berpunca oleh sakit jantung.

Semoga Sdr Amir Ghazali tabah dengan ujian getir ini.

Al-Fatihah...
--
Sent from my mobile device