Skip to main content

Posts

Showing posts from February 27, 2012

Himpunan Hijau 2.0: Di mana komitmen PAS P.Pinang?

SEDAR atau tidak, PAS Pulau Pinang dilihat seolah-olah langsung tidak
menyatakan pendirian hatta berusaha melancarkan mobilisasi di
peringkat parti bersempena Himpunan Hijau 2.0 anti Lynas di Padang
Kota, George Town pada petang semalam.DAP, PKR serta badan bukan kerajaan (NGO) lain masing-masing
bermuafakat di peringkat negeri bagi menentang pentadbiran Datuk Seri
Najib Tun Razak kerana perdana menteri itu menyokong projek anti
kesematan rakyat itu.PAS di Pulau Pinang mungkin terlupa yang Presiden PAS Tuan Guru Abdul
Hadi Awang, Haji Mohamad Sabu (timbalan presiden) dan Datuk Tuan
Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan) merupakan susuk penting di sebalik
komitmen PAS pusat mobilisasi massa menentang rejim Umno Barisan
Nasional di Kuantan pada hari yang sama.Setiausaha Perhubungan PAS Pulau Pinang Md Noor Ahmad dan Afnan Hamimi
Taib Azzamuddin (Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri) sepatutnya cakna
dengan gerakan rakyat seumpama ini supaya PAS senantiasa di depan
dalam gerakan rakyat di Pulau Pinang.Jan…

Guan Eng angkat placard anti Lynas

KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng Sabtu lepas turut mengangkat placard anti Lynas sebagai simbol rakyat menyertai Himpunan Hijau anti Lynas di Kuantan esok.

Turut memperagakan placard anti Lynas di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) dekat Kepala Batas antaranya Exco Kerajaan Pulau Pinang Phee Boon Poh dan Ustaz Rosidi Hussein (Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Negeri).

"Lynas tak selamat untuk rakyat Malaysia. Kerana itu, Australia tak bina di negaranya. Tapi, kerajaan  kita bina di Kuantan. Himpunan Hijau ini kena sokong lah sebagai solidari rakyat selamatkan Kuantan," ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Himpunan Hijau di Padang Kota, Georgetown petang semalam dilaporkan menerima keganasan pembangkang pro Umno Barisan Nasional.

42 keluarga rumah dipukul ribut terima bantuan

KELUARGA Mohd Dali Abu Bakar, 43, antara 51 rumah dipukul ribut baru-baru ini yang menerima bantuan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng ketika melawat keluarga 4 beranak di Kampung Permatang Saga, Pinang Tunggal berkata bantuan segera telahpun diberikan kepada semua keluarga mangsa dalam masa 24 jam.

Tambahnya, pemberian sumbangan penuh akan dilakukan melalui Majlis Keselamatan Negeri selepas selesai proses taksiran kerugian oleh oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.