01 March 2012

Melayu Tanjong Tokong anggap Uda, Umno khianat


"Pembangunan menjamin hak, bukan menghilangkan hak."

"Berfikirlah sebelum bertindak!!! Mengapa Uda tidak mahu sain (tandatangan) perjanjian dengan penduduk. Mesti nak tipu..."

Itulah antara dua placard yang ditampal pada dinding-dinding rumah perkampungan Melayu di Tanjong Tokong dekat George Town.

Pada laluan alternatif ke kampung tersebut, kelihatan kain rentang menyindir pemaju yang berbunyi "10 sifat mulia Uda Holdings Berhad."

Tidak sesiapapun rakyat, rata-rata Melayu menurunkan kain rentang penuh kontroversi itu, seolah-olah memberi isyarat kepada Uda supaya tidak terus berdalih dengan Melayu di kampung berkenaan.

Haram atau halal PAS menghadkan tempoh seseorang menjadi MB Kedah?

WACANA FIQH | Dalam wacana politik di Alor Setar baru-baru ini, pelbagai persoalan mengusik pemikiran saya.

Seorang pemuda berkata bahawa baik Rasulullah s.a.w hatta Khulafah ar-Rasyidin, tidak ditetapkan langsung tempoh mereka menjadi pemimpin sehinggalah masing-masing meninggal dunia.

Maka katanya, "adakah sesuatu yang haram sekiranya tempoh seorang Menteri Besar ditetapkan satu penggal atau dua penggal sekiranya penetapan itu menghimpunkan lebih banyak maslahah atau mengambil mudharat yang lebih kecil?"

Jawapan: Saidina Abu Bakar dilantik sebagai Khalifah melalui sistem musyawarah sejurus kewafatan Rasulullah s.a.w. Begitu jugalah perlantikan khalifah yang lain, di sana tidak pernah ditetapkan langsung seseorang khalifah itu dipilih secara sementara.

Idealisme politik Islam makmurkan semua, kata Chua Jui Meng

Idealisme perjuangan politik Islam yang  berteraskan al-Quran dfan al-hadith menekankan kebaikan kepada untuk semua rakyat di negara ini, kata Datuk Chua Jui Meng.

Justeru, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor itu berkata Pakatan Rakyat (PR) memilih untuk memperjuangkan hak semua kaum berlandaskan Perlembagaan Persekutuan walaupun wujud perbezaan idealisme di antara PAS, DAP dan PKR.

"Saya 40 tahun dalam Barisan Nasional (Umno-BN), kita tidak begitu faham Islam. Tetapi sekarang kita bersama dengan Pas dan PKR, saya faham atas idealisme Islam itu yang nak membawa kemakmuran kepada semua," kata Jui Meng yang pernah menyandang jawatan Naib Presiden MCA.

"Dulu Umno tidak beritahu dan mengajar saya berkaitan al-Quran, Hadis dan lain-lain termasuk Menteri Agama," katanya dalam Wacana anjuran Sinar Harian yang bertajuk 'Mengapa Undi Melayu Berpecah'.

Isu Exco: Phahrolrazi beri Amirudin kata dua

PAS kawasan Kuala Kedah memberi kata dua kepada Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas kawasan itu kerana didakwa melanggari keputusan mesyuarat jawatankuasa yang diadakan pada 17 Februari lalu.
    
Yang Dipertuanya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, sebaik Amiruddin mengangkat sumpah jawatan Exco kelmarin, tindakannya itu menyalahi keputusan dan Amiruddin diberi dua pilihan dalam tempoh 14 hari.
    
“Kita beri kata dua kepada beliau, jika ingin bersama Pas Kuala Kedah, kena letak jawatan Exco dan kita anggap isu ini selesai. Jika Amiruddin ingin bersama Menteri Besar, beliau bukan lagi sebahagian daripada Pas Kuala Kedah,” katanya di Alor Setar.

PAS arah Azizan Razak hadir mesyuarat khas malam ini?

Mesyuarat Khas PAS pada 8.30 malam ini di Pejabat Agung dekat Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur antara lain dikhabarkan untuk mencari jalan penyelesaian mengenai pergolakan dalaman parti berkenaan di Kedah.

Mesyuarat itu asalnya pada sebelah petang hari yang sama tapi dipindah pada saat akhir.

Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dijadualkan hari pada mesyuarat penting itu tetapi presidennya Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta ketua penerangannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mungkin tidak hadir kerana masih di luar negara.

Menteri Besar Kedah merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Seri Azizan Abdul Razak diminta membantu menyelesaikan insiden protes oleh beberapa pemimpin kanan parti di peringkat negeri berkenaan yang didedah masih enggan dilantik semula sebagai exco kerajaan negeri.

Azizan yang juga ahli Majlis Syura Ulama (MSU) khabarnya turut diminta menjelaskan sendiri mengenai isu KUiN 5 dan dakwaan memberi projek kerajaan negeri bernilai jutaan ringgit kepada kroni Umno sebelum ini.

"Kali ini, Ustaz Azizan diminta datang sendiri ke mesyuarat khas itu, dia tak boleh lagi sekadar hantar Sanusi (setiausaha politik bagi Menteri Besar Kedah) seperti sebelum ini," ujar sumber.

Dijangka mesyuarat khas PAS ini menerima perhatian luar biasa dari kaum wartawan dan blogger.

Berita lanjut menyusul kemudian.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus