03 March 2012

3R, dalih Hasan Ali propaganda jahat Umno - Muslimat PAS

RAMALAN Dr Hasan Mohd Ali kononnya PAS akan tumbang disebabkan memecat beliau hanya propaganda jahat yang didalangi Umno sahaja.

Ketua Penerangan Muslimat PAS Malaysia, Aiman Athirah al-Jundi berkata, Hasan sebenarnya cuba menakut-nakutkan rakyat khususnya Melayu dengan propaganda 3R yang dicipta oleh Umno sendiri.

3R yang dimaksudkan adalah Royal (Raja),Religion (Agama), Race (bangsa Melayu).

"Inilah propaganda jahat Umno sejak mereka tewas di beberapa negeri sejak (Mac) 2008, 3R. Sebelum pendiri 'beras' Jati (Dr Hasan Mohamad Ali) nak isytihar keluar parti, bukankah 3R ini propaganda jahat Umno," ujarnya di Dataran Rakyat dekat Taman Guar Perahu, Penanti.

Beliau berkata Hasan hipokrit kerana tidak berani menegur pentadbiran Perdana Menteri merangkap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didedah mempunyai hubungan perdagangan secara langsung dengan negara haram Israel.

Beliau bagaimanapun berkata, anti Dr Hasan dan anti pentadbiran Najib tidak wajar mendorong rakyat memusuhi akar umbi Umno yang tidak mengamalkan rasuah atau penyelewengan kuasa.

"Kita tak benci orang-orang Umno. Kita sayang Umno nak mereka menyokong kita di PRU13.

"Yang kita benci adalah pemimpin-pemimpin rakus Umno. Sebab itu, saya merayu seluruh rakyat termasuk penyokong Umno sokong cita-cita perubahan yang ditawarkan oleh Tawaran Jingga (Pakatan Rakyat)," ujarnya.

Justeru, beliau mengajak Melayu bersama rakyat terbanyak menyokong Pakatan Rakyat di pilihan raya umum ke-13 kelak.

"Umno tak akan boleh bentuk kerajaan jika MCA, MIC dan parti komponen lain ditolak oleh rakyat terbanyak dalam pilihan raya akan datang.

"Nak sokong Umno apa lagi atas nama Melayu kerana Melayu yang bermaruah semuanya menyeberang ke Pakatan Rakyat bersama harapan rakyat," ujarnya.

Ceramah Umum malam ini dianjurkan oleh Wanita Keadilan Pulau Pinang, merupakan salah satu program Konvensyen Wanita PKR Pulau Pinang selama sehari sejak pagi tadi.

Turut berucap, Ketua Wanita PKR Pulau Pinang Norhayati Jaafar, Aiman Athirah al-Jundi (Ketua Penerangan Muslimat Malaysia), Zuraida Kamaruddin (Ketua Wanita Keadilan Malaysia) dan Saifuddin Nasution (Ahli Parlimen Machang merangkap Setiausaha Agung PKR).

Berita lanjut menyusul kemudian.

RM500 pusat hutang, sumbangan P.Pinang hasil lebihan kewangan - Mansor

SUMBANGAN langsung yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada rakyat di negeri berkenaan adalah berbeza dengan sumbangan RM500 diumumkan oleh kerajaan Umno Barisan Nasional pusat.

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Haji Othman berkata, sumbangan oleh kerajaan negeri adalah hasil dari lebihan kewangan manakala sumbangan oleh kerajaan pusat adalah hasil hutang.

"Bila menjelajah, sambil buat janji dan sambil tabur wang. Selepas 50 tahun, baru nak beri RM500 kepada rakyat . Itu pun selepas kita (Pakatan Rakyat) memulakannya di Pulau Pinang dan negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain.

"RM500 yang diberikan (adalah) hasil duit hutang sebab bajet negara difesit. Berbeza kita di Pulau Pinang, kira beri hasil dari lebihan kewangan," ujarnya di Dataran Rakyat dekat Taman Guar Perahu, Penanti.

Beliau berkata, rakyat sepatutnya menerima lebih banyak sumbangan bukan sekadar RM500 one-off daripada kerajaan pusat.

Ini kerana katanya, amalan rasuah serta penyelewengan kuasa oleh beberapa pemimpin tertinggi Umno Barisan Nasional mengakibatkan ketirisan serta kepincangan urus kewangan di negara ini.

Beliau turut menyarakan rasa tidak setuju dengan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang didakwanya tidak memberi keuntingan kepada kakitangan awam terbanyak di negara ini.

"Kalau boleh bagi lebih lagi, bagi RM1,000 supaya kakitangan awam rendah boleh nikmati gaji yang setimpal.

"Berbeza dengan kita, kakitangan MPPP dan MPSP yang bantu rakyat cuci longkang dan lain kita beri imbuhan RM300," ujarnya sambil meramalkan pilihan raya paling awal Mei ini.

Ceramah Umum malam ini dianjurkan oleh Wanita Keadilan Pulau Pinang, merupakan salah satu program Konvensyen Wanita PKR Pulau Pinang selama sehari sejak pagi tadi.

Turut berucap, Ketua Wanita PKR Pulau Pinang Norhayati Jaafar, Aiman Athirah al-Jundi (Ketua Penerangan Muslimat Malaysia) dan Saifuddin Nasution (Ahli Parlimen Machang merangkap Setiausaha Agung PKR).

Berita lanjut menyusul kemudian.

300 Wanita PKR ikrar pertahan P.Pinang di PRU13

HAMPIR 300 Wanita Keadilan Pulau Pinang berikrar untuk mempertahankan kemenangan Pakatan Rakyat mentadbir Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-13.

Ketua Wanitanya, Norhayati Jaafar berkata, "Ikrar wanita tersemat di hati, Pulau Pinang wanita pertahankan, Putrajaya wanita perjuangkan."

Ikrar tersebut disemarakkan dalam Konvensyen Wanita PKR Pulau Pinang di Hotel Seri Malaysia dekat Kepala Batas.

Sebelum pada itu, Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Haji Othman ketika berucap menyifatkan konvensyen tersebut pecutan akhir untuk merampas Parlimen Kepala Batas yang dikatakan kubu kuat Umno di negeri berkenaan.

"Sebab apa, konvensyen ini di buat di Kepala Batas. Insya-Allah, wanita akan menjadi jentera paling kuat untuk mengajak rakyat membuat perubahan di kubu kuat (Parlimen Kepala Batas) ini kelak," ujar beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang.

Turut hadir, Ketua Cabang Keadilan Balik Pulau merangkap Speaker Dun Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain, Abdul Malik Abul Kasim (Ketua Cabang Keadilan Tanjong merangkap Exco Kerajaan Pulau Pinang) dan Yusmadi Yusof (Ahli Parlimen Balik Pulau).

Berita lanjut, menyusul kemudian.

100 wartawan serah petisyen kepada Ketua Polis P.Pinang

KIRA-KIRA 100 wartawan berkumpul di ibu pejabar polis Pulau Pinang, George Town semalam mendesak suatu siasasat kes dua wartawan diserang dalam perhimpunan anti Lynas Ahad lepas.

Mereka yang berpakaian serba hitam membela dua rakan mereka dari akhbar harian Cina Kwong Wah Jit Poh bernama Adam Chew dan Lee Hong Chun.

Kedua-dua mereka mengaku terperangkap dalam kekecohan grup pemuda liar mesra Umno menyerang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Anggota cawangan khas turut menyertai perhimpunan tanpa permit itu, yang dibenarkan selama 30 minit sahaja.

Petisyen 249 tanda tangan petugas media diserahkan kepada Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaacob.

Ayub bagaimana dilaporkan tidak berada di pejabat kerana ada tugasan rasmi di Kuala Lumpur.

Petisyen diserahkan kepada wakil Ayub.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus