Skip to main content

Posts

Showing posts from March 5, 2012

Ralat Buletin TV3 cuba selamatkan debat Najib-Anwar

RALAT Buletin TV3 malam tadi antara lain menyebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersedia untuk berbincang dengan mana-mana ahli politik dalam isu mengenai kepentingan negara, bukannya berdebat seperti yang dilaporkan pada deti awal siaran rancangan itu.Ralat itu menimbulkan pelbagai tanda tanya, mungkin bertujuan untuk mengelak cabaran debat mengenai polisi negara oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.Pun begitu, lain pula laporan Malaysiakini:"Jika saya tidak boleh menerima hakikat ini, maknanya saya telah buat pilihan kerjaya yang salah."Saya terima dengan adanya. Saya sedia berdebat mengenai politik dengan sesiapa, sama ada lelaki atau perempuan, yang mempunyai pemikiran yang munasabah dan saya hargai suasana politik di Malaysia yang meriah," katanya dalam entri terbaru bertajuk 'Kebenaran Mengenai Malaysia' dalam blog beliau di www.1malaysia.com.my.Bagaimanapun, Najib berkata ada satu garis di mana perdebatan demokratik berakhir dan digantikan pula den…

Jadikan Jalan Bagan 29 alternatif tol Sungai Nyior

JALAN Bagan 29, di sini, boleh dijadikan jalan alternatif yang menghubungkan Butterworth dengan Seberang Jaya bagi mengelak bayaran 50 sen di tol lebuh raya Sungai Nyior.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Uitiliti dan Pengangkutan berkata, jarak perjalanan menggunakan jalan alternatif tersebut dan lebuh raya Sungai Nyior adalah hampir sama.

Kapsyen: Hock Seng bersama-sama Tanasekharan  menunjukkan Jalan Bagan 29 yang diperlebarkan hasil usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Beliau berkata, jarak perjalanan sehala bermula dari simpang empat trafik Jalan Siram ke Hotel Sunway dekat Seberang Jaya yang menerusi Jalan Bagan 29, Jalan Bagan 1, Jalan Chain Ferry dan Jalan Todak adalah kira-kira 4 kilometer.

Manakala, jarak perjalanan sehala bermula dari simpang empat trafik Jalan Siram ke Hotel Sunway dekat Seberang Jaya melalui tol lebuh raya Sungai Nyior adalah kira-kira 5.8 kilometer.

P.Pinang tawar model CAT atasi MAS rugi RM2.52 bilion

SYARiKAT Penerbangan Malaysia (MAS) wajar ditawarkan model bisnes baru berasaskan prinsip  'Cekap, Akauntabel dan Telus' (CAT) sebagaimana yang diamalkan dalam urus tadbir Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Ketua Menterinya, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata demikian baru-baru ini sebagai reaksi pada kerugian mengejutkan sebanyak RM2.52 bilion yang dialami oleh syarikat penerbangan nasional itu.

Beliau berkata, amalan CAT terbukti melonjak Pulau Pinang sebagai negeri paling tinggi menerima pelaburan asing langsung (FDI) pada tahun 2010, iaitu sebanyak RM12.2 bilion.

Letupan Tak Bai perang saraf tumbangkan PAS di Kelantan?

MENJELANG pilihan raya umum 2004, Malaysia menyaksikan insiden letupan di Tak Bai dekat Thailand yang membabitkan orang awam.

Insiden di Tak Bai itu digambarkan sebagai kes keganasan serta dikaitkan dengan puak pemisah di Selatan Thai.

Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyandang Menteri Pertahanan ketika itu mengarahkan semua yang mempunyai dua kad pengenalan ditangkap untuk mengesan grup pengganas.

Negeri Kelantan yang berjiranan dengan Thai menjadi perhatian kerajaan pusat.
Pelbagai kemungkinan di sebalik kenyataan Najib itu.

Provokasi: P.Pinang desak Menteri KDN, Polis tingkat keselamatan

MENTERi Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein didesak memberi jaminan keselamatan ke atas Y.A.B Tuan Lim Guan Eng gara-gara Ketua Menteri Pulau Pinang itu menerima ancaman sekumpulan pemuda Umno dan perkasa pada Himpunan Hijau 2.0 anti Lynas baru-baru ini.

[Kapsyen: Tze Tzin tunjuk gambar 'bangkai ayam berdarah'.]
Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Haji Othman berkata, desakan tersebut adalah hasil mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK).

Beliau turut mendesak polis supaya memberi jaminan keselamatan serta perlindungan kepada dua wartawan akhbar harian Kwong Wah Jit Poh yang turut menerima serangan dalam insiden yang sama.