PEMBANGKANG Selangor hari ini mencabar Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim untuk melantik juruaudit bebas bagi menyiasat ketirisan aset Yayasan Selangor (YS) yang dikatakan berjumlah RM500 juta demi menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat itu pada pilihan raya umum ke-13 kelak.
Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Noh Omar mendesak demikian sebagai reaksi pada pendedahan Pengurus Besar YS, Ilham Marzuki yang mendakwa ketirisan itu berlaku pada era Barisan Nasional Umno memerintah negeri berkenaan, iaitu sejak 1991 hingga Mac 2008.
Sandiwara Noh antara lain mencabar kerajaan negeri mengemukakan bukti dan memberi amaran kepada Pakatan Rakyat di negeri berkenaan supaya jangan membuat tuduhan secara semberono.
"Pembangkang hanya pandai membuat tuduhan tanpa sebarang bukti," ujarnya di Sinar Harian.