08 March 2012

'Pak Sheikh Muka Buku' sahut cabaran debat JATi pertahan tahulluf siyasi PAS-Pakatan

Pak Sheikh Muka Buku atau nama sebenarnya Wan Ji Wan Hussain al-Bakistani (kiri) menyahut cabaran Ketua Penerangan JATi, Ustaz Hasan Basri untuk berdebat mengenai ijtihad PAS mengadakan tahalluf siyasi (muafakat politik) dengan PKR dan DAP atas nama Pakatan Rakyat bagi menumbangkan Umno BN di pilihan raya umum ke-13.

Wan Ji menyatakan kesediaan itu sebagai reaksi terhadap Hasan Basri dalam ceramah Jati di Gombak pada  5 Mac lepas antara lain mencabar mana-mana Ustaz PAS untuk berdebat isu tahalluf siyasi tersebut.

"Hasan basri (JATI) cabar ust2 pas debat ttg tahaluf siyasi. Sbgi org yg berkeahlian pas, aku bersedia sambut cabaran tu," tulis Wan Ji di dinding Facebook (bawah).

Cabaran Hasan (kanan) itu adalah senada dengan pendiri JATi Datuk Dr Hasan Mohd Ali (bekas ahli PAS merangkap bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor) yang belakangan ini dilihat senada dengan Umno dalam mempertahankan Raja, Islam dan Melayu (3R) dengan menyerang pemimpin PAS serta Pakatan Rakyat.

Wan Ji yang dikenali sebagai ahli biasa PAS sebelum ini pernah berdebat dengan ulama muda Umno bernama Ustaz Fathul Bari bagi mempertahan ijtihad PAS dalam isu Hukum Menegur Pemirintah Islam Umno. [lihat youtube di bawah]

Beliau yang giat dalam penulisan buku dan berblog [http://g-82.bloggspot.com] turut giat menjawab isu-isu mengenai fiqh moden di facebook sehingga dikenali sebagai Pak Sheikh Muka Buku.

Heret Umno BN jika Pakatan kuasai Putrajaya

PAKATAN Rakyat akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat seluruh pembaziran yang dilakukan oleh pemimpin Umno Barisan Nasional jika rakyat bersedia memberi mandat di pilihan raya umum ke-13 kelak.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, komitmen itu demi menyelematan sebanyak mungkin wang rakyat yang dirompak sehinga sekarang oleh pemimpin parti-parti pemerintah.

Anwar, 2 pemimpin Hamas jelajah dakwah di P.Pinang malam ini

JELAJAH DAKWAH dan penjelasan isu pergolakan Gaza, Palestin di Pulau Pinang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim turut diserta dua wakil Hamas sungguhpun pemimpin Umno mengfitnah Ketua Pembangkang itu kononnya mesra Israel serta Amerika Syarikat.

Mereka, Bro Muhammad As-Sabah, seorang pemimpin Hamas yang pernah ditahan di tirani Israel selama 8 tahun dan Bro Mustafa Toib, lapor Sharpshooter.

Kedua-dua mereka diterbangkan dari Gaza, Palestin ke negara ini ketika pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak didedah mengadakan hubungan perdagangan dengan negara haram Israel.

Kerajaan Pakatan kekal pulihara bangunan warisan BPR P.Pinang

BANGUNAN Warisan Badan Pencegah Rasuah Pulau Pinang (BPR) tidak akan dirobohkan selari dengan status   "George Town Tapak  Warisan Dunia UNESCO".

Ketua Menteri Pulau Pinang baru-baru ini membuat pendirian sedemikian selepas mengadakan perbincangan bersama-sama pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di negeri berkenaan serta melawat bangunan berusia lebih 100 tahun tersebut di Lebih Pantai, George Town.

"Keputusan awal yang dibuat oleh Kerajaan Negeri (Pulau Pinang) dan saya adalah betul, iaitu kita kekalkan bangunan itu dan tidak akan membenarkan ia dirobohkan," ujarnya dalam satu sidang media di George Town.

Sambut lah 308, terima kasih dermawan PenangInsight.com!

HARi ini, 8 Mac 2012. Genap 4 tahun kita meraikan Thunami Politik Rakyat membenamkan UMNO dalam lanskap politik tanah air.

Selain berjaya mengekalkan Kelantan sebagai 'kerajaan rakyat', Pakatan Rakyat menerima mandat secara demokratik dan menjadi kerajaan negeri di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah.

Cuma Perak di bawah kepemimpinan Datuk Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin sahaja yang gagal rakyat pertahankan gara-gara kudeta oleh Umno di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Semoga revolusi perasaan rakyat menolak Umno sama ada melalui pilihan raya umum ke-13 atau mungkin jalan raya kelak lebih kuat momentumnya berbanding Thunami Politik yang berlaku pada 8 Mac 2008 lepas.

Terlanjur berceloteh dalam entri kali ini, Nota Kecil dengan rasa penuh demokratik merakamkan penghargaan kepada pemberi sumbangan dana bagi membangunkan semula sesawang PenangInsight.com.

Selepas NFC, Shahrizat berdalih projek KL Eco City

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini seakan terus berdalih kononnya beliau beliau tiada kena-mengena dengan projek pembangunan KL Eco City seperti dakwaan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Shahrizat, yang juga Ketua Wanita Umno, berkata, segala soalan berkaitan pembangunan mahupun pembelian hartanah itu perlu dirujuk kepada pihak pengurusan KL Eco City.

"Kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau atau mana-mana pihak yang membuat fitnah dan tohmahan mengaitkan saya dengan KL Eco City ini," katanya di Sinar Harian.

Malaysia negara paling selamat, dalih Muhyiddin

TAN Sri Muhyiddin Yassin dilihat seakan terus membeli kepercayaan rakyat di pilihan raya umum ke-13 dengan mengaku Malaysia sebagai negara paling selamat.

[Kapsyen: Tersenyum Muhyiddin (bersongkok, kanan) bersama-sama Penasihat DAP Lim Kit Siang (tengah) dan Guan Eng]

Timbalan Perdana Menteri Malaysia berdalih, Malaysia kononnya dikenali sebagai negara paling selamat di Asia.

Indeks Keamanan Global (GPI) tahun lepas sebenarnya mendedahkan Malaysia berada di tangga ke-19 daripada 153 negara-negara paling selamat di dunia.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus