Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah
pentadbiran Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng akan terus menerima
sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak, lapor PenangInsight.com.
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu berkata demikian berdasarkan rekod kerajaan negeri yang menyerlah dalam pelaksanaan budaya integriti serta anti rasuah melalui kempen Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT).
"Dari 100 polisi perubahan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri, saya mungkin bersetuju 40 atau 20 (polisi) sahaja.
"Tetapi, apa yang membezakan pentadbiran Guan Eng dengan (pentadbiran) Umno, dia (Guan Eng) tak curi atau rahsuah dengan menggunakan wang rakyat, pemimpin Umno (didedah) curi, pecah amanah, boros wang rakyat. Inilah kekuatan Guan Eng (kiri) untuk terus dipilihan rakyat," ujarnya malam tadi dalam satu majlis makan malam di Bayan Lepas.