DALAM sebuah Pekan, dekat negeri Bulan Terang, berlaku satu rompakan sejumlah 250 juta.Tidak sesiapapun yang mengaku bertanggungjawab, termasuk tauke lembu, tauke kondo dan tauke restoran.Tiada satu keluarga pun mengaku. Tiada seorang menteri dalam kabinet memanda menteri pun mengaku.Tetapi, ada seorang menteri bukan lelaki telahpun meletakkan jawatan.Rumus awal menunjukkan perompak itu lari ke hutan. Perompak itu bukan politikus, tetapi tikus.Hendak tangkap tikus di dalam hutan memang payah. Maka, Memanda Menteri kemudiannya memanggil seluruh polis dunia untuk siasat dan menangkap tikus yang merompak 250 juta itu.Polis CIA kata, "memanda menteri, kami perlukan masa selama 30 hari untuk tangkap tikus itu."Polis Australia kata mereka perlukan seminggu. Polis Thailand dan Polis Singapura pun kata mereka perlukan seminggu untuk tangkap tikus yang merompak itu.Memanda Menteri turut bertanya kepada Polis Raja Di Malayan. Mereka kata, "kami perlu 24 jam sahaja, memanda menter…