16 March 2012

Menteri Umno gagal 'lari' selepas tumbuk rakyat

MENTERi Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini seakan tidak mampu lagi mempertahankan diri dari perbicaraan di Mahkamah Tinggi Putrajaya mengenai dakwaan menyerang seorang ahli perniagaan lebih empat tahun lepas.

Ini kerana, Zahid yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan, semalam untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menolak permohonan beliau untuk membatalkan saman tersebut.

Panel tiga hakim yang membuat keputusan berani ini membabitkan Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Aziah Ali.

Ketiga-tiga Hakim sebulat suara menolak rayuan Ahmad Zahid serta mengarahkan defenden itu membayar RM5,000 sebagai kos.

Pada 4 Julai 2007, Amir Bazli Abdullah, 41, selaku plaintif mengfailkan saman bagi menuntut ganti rugi daripada saspek penyerangnya, Ahmad Zahid.

Ahmad Zahid pada 16 Januari 2006 didakwa menyerang dan menumbuk muka Amir.

Sesiapapun yang mencerakan rakyat layak menerima pengajaran setimpal. -END

YB Umno dalih selepas hina pengusaha tomyam, Kelantan

SELEPAS dilihat menghina penjual tomyam peranakan Kelantan, Wakil Rakyat Umno hari ini berdalih dan menafikan kenyataan kontroversi yang dicetusnya sendiri di Dewan Rakyat.

"Saya kata kerajaan PAS gagal wujud peluang ekonomi kepada rakyat Kelantan, bukan hina penjual tomyam Kelantan...keluar negeri untuk jual tomyam," kata Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Semalam, Ahli Parlimen Pasir Salak itu ketika membahas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong antara lain mendakwa pemimpin pembangkang itu sengaja memutar belit fakta selain menyentuh hal peribadinya.

"Jangan nak belit-belit. Saya tak hina jual tomyam, tetapi kerajaan PAS gagal (sedia peluang pekerjaan).

"Kita nak menuju kepada pembangunan ekonomi kita. Kita dah buat. Pembangkang kata boleh buat lebih baik. Tapi mana?" soal beliau.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoal kewibawaan PAS dalam mengurus tadbir negeri jolokan "serambi Makkah".

"Apa kerajaan Kelantan dah buat selepas 22 tahun memerintah. Mana rancangan tanah seperti Felda," soal beliau.

Reaksi Tajuddin di Dewan Rakyat itu selepas menerima desakan daripada wakil rakyat PAS, Salahuddin Ayub.

Tajuddin dinasihatkan supaya berhenti dari menghina pengusaha tomyam serta meminta maaf.

"Jangan hina orang Melayu berniaga tomyam. Harta dia halal. Jangan hina orang Kelantan," ujar Salahuddin.

Turut bangkit mempertahankan maruah rakyat serta wibawa kerajaan PAS Kelantan adalah Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee bagaimanapun menggunakan kuasanya serta meminta semua wakil rakyat berkenaan menghormati kemuliaan dewan. -END

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus