20 March 2012

Warga emas terima RM100 sesakkan Maybank

Guan Eng & Tanasekharen diramahi warga emas.
TiDAK putus-putus warga emas di beberapa Maybank sekitar Pulau Pinang bagi menuntut RM100 yang disumbangkan oleh kerajaan negeri.

Tinjauan Buletin Mutiara di Maybank cawangan Bagan Luar mendapati kira-kira 100 warga emas masih menunggu giliran untuk menerima sumbangan tersebut.

PRU13: Daim buat 'psikologi balikan'

RAMALAN Tun Daim Zainuddin kononnya BN 'selamat' di Johor, Melaka dan Pahang sahaja seolah-olah suatu kenyataan 'psikologi balikan'.

Mungkin veteran Umno itu sedang berusaha menyemarakkan patriotisme jentera Barisan Nasional untuk mempertahankan legasi Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mungkin juga kenyataan itu ditujukan kepada jentera Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya terus dibuai mimpi di sing hari.

Pelbagai kemungkinan ada di sebalik kenyataan itu sementara menunggu tanggal 3 Jun yang didesas-desuskan tarikh pilihan raya umum ke-13.

Pakatan Rakyat juga sewajarnya membuat kenyataan "psikologi balikan" supaya perang pilihan raya kali ini memberi kelebihan kepada rakyat, bukan lagi Umno.

Rakyat mungkin 'meluat' jika kita terus mengwar-warkan PR menguasai Putrajaya kerana beberapa percubaan kita mendinginkan.

Tetapi, jika dipupuk ke atas rakyat untuk membantu PR menjadi pembangkang terkuat di semua negeri yang dikuasai BN, mungkin boleh melonjak kita pergi lebih jauh dari itu.

"Dalam pilihan raya umum kali ini, kita yakin akan menjadi pembangkang paling kuat di semua negeri yang diperintah Umno BN berkat sokongan rakyat terbanyak...selain mempertahankan Pulau Pinang, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang." - Nota Merah

Hati-hati...


Setuju?

Guan Eng rakam takziah pemergian Timbalan OCPD George Town

KETUA Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng hari ini merakamkan takziah atas pemergian Timbalan OCPD George Town, Allahyarham Supt Ahmad Bakhtiar Kassim, lapor PenangInsight.com.

Bagi beliau, arwah merupakan seorang yang dedikasi dan amat dihormati sepanjang menjalankan tugas di Pulau Pinang.

"Saya dengan penuh dukacita ingin merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham...yang telah meninggal dunia secara mengejut petang semalam.

"Sesungguhnya negara kita telah kehilangan seorang pegawai polis yang berani dan benar. Saya akan selalu mengingati dan menghargai jasanya yang tidak terhingga," ujar beliau, di George Town.

Allahyarham, 54 tahun dilaporkan terjatuh selepas bermain badminton bersama-sama rakan, di sini.

Allayarham Ahmad Bakhtiar, yang telah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama lebih 20 tahun, meninggalkan seorang isteri dan tiga anak lelaki.

Jenazah allahyarham akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Alor Setar, Kedah untuk disemadikan hari ini. -END


Scorepene: Razak Baginda, keluarga Altantuya mungkin dipanggil Perancis

RAKAN karib Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bernama Razak Baginda adalah antara saksi yang akan dipanggil ke Mahkamah Perancis bagi merungkaikan misteri skandal rasuah kapal selam Scorpene.

Pengarah NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram); Cynthia Gabriel berkata pihaknya percaya Razak Baginda akan diminta memberi keterangan di kandang saksi kelak.

"Razak adalah saksi yang sangat penting kerana terlibat (secara) langsung dalam urusan pembelian," ujar Cynthia.

Nama Razak Baginda dibangkitkan di Parlimen pada tahun 2002 berhubung pembelian Scorpene dalam satu perjanjian bernilai USD 800 juta.

Urus niaga yang dibuat secara tender tertutup melalui Perimekar membabitkan pembelian dua kapal Scorpene dan satu kapal selam terpakai, Agosta hasil kerjasama kerajaan Perancis-Sepanyol.

Perimekar memiliki sumsidiari iaitu Ombak Laut yang dimiliki sepenuhnya oleh Razak Baginda.

Sejak nama Razak Baginda menjadi perhatian, Najib Razakl yang ketika itu merupakan Menteri Pertahanan turut dikaitkan dengan skandal rasuah berupa komisyen yang dihitung bernilai puluhan juta ringgit.

Tambah Cynthia lagi, keluarga mendiang Altantuyaa Sharibuu (gadis Mongolia) turut akan dipanggil bagi memberi keterangan berhubung skandal rasuah terbabit.

"Keluarga Altantuyaa juga akan dipanggil kerana mendiang adalah penterjemah urus niaga itu," ujarnya.

Sepupu Altantuyaa, Namiraa Gerelmaa pernah tampil di Mahkamah Shah Alam dalam perbicaraan kes pengeboman Altantuya bermula 4 Jun 2007 dan berakhir pada 9 April 2009.

Pembunuhan Altantuya, menurut beberapa sesawang mesra pembangkang, dikaitkan dengan keluarga Najib Razak.

Perkembangan terbaru mengenai bicara kes skandal Scorpene di Mahkamah Perancis dijangka akan terus menjentik perasaan pihak yang terbabit serta mungkin memetakan lanskap politik di PRU13 nanti. -END

AUKU: Umno BN dibenarkan merayu di Mahkamah Persekutuan

KERAJAAN Umno BN pusat hari ini dibenarkan merayu di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya berhubung perintah yang mengisytiharkan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diputuskan tidak sah di sisi perlembagaan sebelum ini.

Kebenaran itu sekaligus seolah-olah melorongkan semula pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak untuk kembali mencengkam gerakan mahasiswa khususnya berhaluan kiri untuk bergiat dalam arena politik sempena pilihan raya umum ke-13 yang diramalkan kian dekat.

Sehingga 12.30 tengah hari tadi, ketetapan Mahkamah Tinggi itu masih belum menerima reaksi pemimpin mahasiswa, khususnya Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang sebelum ini dilihat paling lantang menentang akta draconion tersebut.

P.Pinang dahului KLIA sebagai destinasi penerbangan pilihan



Tahun 2010 menyaksikan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang mencatatkan mencatatkan pertumbuhan trafik penumpang paling tinggi di Malaysia, iaitu sebanyak 25 peratus, jauh mendahului Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Rahsia tarikh PRU-13 serlah Najib persenda rakyat

JENAKA Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan akan terus merahsiakan tarikh pilihan raya umum ke-13 sekaligus seakan mempersenda partisipasi rakyat dalam sistem demokrasi di tanah air ini, lapor PenangInsight.com.

Perdana Menteri itu berdalih dengan meminta semua pihak termasuk media memahami bahawa beliau perlu menyimpan sesetengah maklumat.

Najib berkata melontarkan pertanyaan mengenai tarikh pilihan raya tidak ubah seperti meminta ketua pegawai eksekutif syarikat Coca Cola untuk mendedahkan ramuan minuman ringan terkenal yang menjadi rahsia sejak sekian lama.

Sanusi terus diam, Pemuda Kedah akui wujud "pihak ketiga"


SETIAUSAHA Politik kepada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor (kiri) masih berdiam diri sungguhpun sumber dalaman Pemuda PAS Kedah telahpun mengakui bahawa pihaknya mahukan dua pemimpin kanannya – Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh – berundur daripada kepimpinan PAS negeri sebagai timbalan pesuruhjaya I dan II negeri itu, kata seorang pemimpin kanannya.

Sanusi yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah mungkin tahu siapakah dalang di sebalik semua ini, lapor PenangInsight.com.

Ketua pemuda PAS Kedah, Ahmad Yahaya yang khabarnya dipinang menjadi calon di Dun Tokai dalam pilihan raya umum ke-13 pun mungkin tahu siapakah dalang yang giat menentang pemimpin PAS yang berbeza pendapat dengan Menteri Besar kedah, Datuk Seri Azizan Razak.

Menurut laporan Malaysiakini.com, sumber yang enggan dikenali itu bagaimanapun berkata, tiada dalang yang bertindak sebagai perantara untuk tujuan itu, seperti yang didakwa Phahrolrazi.

Sindrom Anak Lambat Bercakap

Gambar hiasan
MENANTI anak kecil pandai memanggi mama atau papa merupakan pengalaman manis bagi pasangan ibu bapa.

Namun, jika anak sudah lewat setahun masih tidak mengeluarkan bunyi ga ga ga, de de de, me me me, mungkin ada yang tidakl kena dengan cahaya mata kita.

Bagaimanakah cara mengenal pasti sindrum anak lambat bercakap?

Menurut Dr Basyariatul Fathi Osman, kebimbangan ibu bapa melihat perkembangan anak-anak sudah memadai.

Bung Mokhtar amuk minta skandal MAS-AirAsia disiasat

WAKIL Rakyat Barisan Nasional sendiri mendesak suatu siasatan dibuat ke atas penggabungan Malaysian Airline System Sdn Bhd (MAS) dengan AirAisa Bhd selepas sekian lama dakwaan skandal penyelewengan itu menerima desakan pembangkang.

PenangInsight.com melaporkan, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mendesak siasatan khusus dibuat ke atas Pengarah Urusan Khazanah Bhd (Khazanah), Tan Sri Azman Mokhtar.

Menurut beliau, penggabungan itu harus dibatalkan kerana didakwa tidak memberi keuntungan kepada rakyat, malah merugikan kerajaan pusat.

Nur Fatiha diculik, Hishammuddin bisu

Siti Nur Fatiha Mahadi, 15 merupakan kes penculikan terbaru sungguhpun Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berdalih bahawa Malaysia merupakan negara paling selamat di Asia Tenggara.

PenangInsight.com melaporkan, dadis sunti itu dipercayai diculik dekat rumahnya di Kuantan oleh dua lelaki dan seorang wanita yang tidak dikenali.

"Tolong kakak, tolong Baby..." itulah jeritan terakhir yang didengar oleh dua beradik mangsa waktu ke Kedai.

Nik Aziz pertahan Abdul Hadi 'Harus berkerjasama Yahudi lawan Zionis'

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahan ijtihad presidennya Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa harus bekerjasama dengan Yahudi demi menentang Zionis, lapor PenangInsight.com.

Justeru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menjelaskan pendapat Abdul Hadi mengenai keharusan berurus niaga dengan Yahudi tidak salah.

Yang salah, menurut beliau, adalah berdagang dengan Zionis sebagaimana pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang didedah berdagang minyak kelapa sawit Felda dan Sime Darby dengan Zionis-Israel.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus