22 March 2012

Bazaar Perdana: Musa terima kata dua Pemuda PAS P.Pinang

PEMUDA PAS Pulau Pinang memberi kata dua kepada Datuk Musa Sheikh Fadzir berhubung dakwaan penyelewengan di Bazaar Perdana yang membabitkan 1072 pembeli lot kedai.

Jurucakapnya, Dzulfahmi Abu Bakar berkata, kira-kira 800 peniaga berkenaan adalah Melayu.

"Dia ada dua pilihan, sama ada berdiam diri dan terus menipu Melayu atau dedahkan perkara sebenar di sebalik skandal ini," ujarnya yang juga Timbalan Lajnah Peguna dan Alam Sekitar, Dewan Pemuda PAS negeri.

Beliau berkata, projek tersebut yang terbengkalai saban tahun seolah-olah menjadi simbol pengkhianatan pemim Umno terhadap Melayu di negara berkenaan jika projek tersebut nyata didalangi oleh pemimpin parti perkauman berkenaan.

Beliau turut menasihatkan Musa supaya menghentikan sandiwara serta memperbodoh Melayu kononnya beliau bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu membawa perubahan di negeri berkenaan pada pilihan raya umum ke-13.

Projek terbengkalai itu sebenarnya dimajukan oleh Aseana dan Musa adalah sebahagian dari syarikat pemaju itu. -END

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus