Skip to main content

Posts

Showing posts from March 30, 2012

Tender baru bukan tutup lemah NFC, dalih Noh

Akhirnya Umno membuka tender baru NFCorp selepas dakwaan keluarga Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyeleweng RM250 juta didedah.Shahrizat baru melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selepas menerima desakan dalam parti dan rakyat Malaysia.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar bagaimanapun berkata, langkah membuka tender baru NFCorp itu bukan bertujuan untuk menutup kelemahan syarikat tersebut atau kelemahan Umno sendiri."Secara dasarnya, itu tidak betul, NFCorp ditubuhkan kerajaan untuk kita menambahkan hasil pengeluaran daging lembu, sebab terlalu banyak daging lembu yang kita import dari luar bagi memenuhi pemintaan segera," dalih beliau.Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan mengenai proses mendapatkan semula RM250 juta yang didakwa diseleweng oleh beberapa pemimpin Umno selain Shahrizat.Dalam perkembangan berkaitan, Noh dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri Malaysia), menu…

Shaik Hussein tolak nasihat Guan Eng hadapi saman fitnah

Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydian menolak nasihat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya menghentikan fitnah terhadap kerajaan negeri kononnya menjual tapak masjid di kawasan Bayan Mutiara."Saya tidak gentar dengan Guan Eng, Jangan sama hanya semata-mata nak tutup isu ini," ujar Shaik.Kenyataan balas Shaik itu merujuk pada kenyataan Guan Eng sebelum ini mahu menyaman beliau dan akhbar Utusan Malaysia kerana terus mengfitnah beliau dan kerajaan negeri.Guan Eng berkata, kesabarannya bukan sahaja langsung tidak diendahkan, malah menderong mereka untuk terus mengamalkan fitnah.(Berita ringkas)

Phahrolrazi, Dr Ismail 'dikecilkan' selepas angkat sumpah Exco 5 April?

Dua pemimpin PAS Kedah yang berbeza pendapat dengan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak sebelum ini mungkin diberi peranan yang lebih kecil selepas mengangkat sumpat sebagai Exco pada 5 April depan.Peranan Timbalan Pesuruhjaya PAS I Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Dr Ismail Salleh (Timbalan Pesuruhjaya PAS II) sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah mungkin 'dikecilkan' berbanding sebelum ini.Malah, desas-desus yang diterima antara lain memberitahu, Azizan akan membuat rombakan besar-besaran supaya dominasi siasah Pesuruhjaya PAS Kedah itu kekal sungguhpun menerima partisipasi Jawatankuasa Pemandu yang dilantik oleh PAS Pusat.Sumber-sumber memberitahu, Phahrolrazi mungkin akan menyandang port-folio membabitkan sumber, bekalan air dan tenaga.Berbanding sebelum ini, Phahrolrazi menyandang port-folio yang lebih berpengaruh, iaitu berhubung perumahan dan kerajaan tempatan.Datuk Ir Amiruddin Hamzah yang dilihat mengetepikan keputusan majlis syura PAS Kuala Kedah serta Phahrolrazi…

'Mini kasino' dalam kebun sayur kantoi!

Di sebalik bengkel kenderaan yang terletak di pinggir hutan serta dikelilingi kebun sayur di Kampung Batak dekat Sungai Ara, George Town, siapa sangka terdapat .mini kasino'.'Mini kasino' yang popular di kalangan kaki judi berumur itu dilengkapi 16 kamera litar tertutup serta dikawal oleh beberapa tontot.Namun, tak sampai sebula beroperasi, polis dari Unit Pencegahan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman membuat serbuah pada 9.30 malam kelmarin.Dilaporkan, beberapa pihak polis sebelum pada itu terpaksa menyamar sebagai kaki judi supaya tiada ada yang terlepas dalam operasi penguatkuasaan tersebut.Ketua Operasi D7, Deputi Superintender Tan Tin Heng berkata, pasukan mengambil masa begitu lama untuk membuat risikan sebelum bertindak."Polis terpaksa mengumpul maklumat daripada orang awam dan membuat penyamaran sebelum membuat serbuan malam tadi (kerlamrin), ujarnya dari tempat kejadian.Beliau berkata operasi 'mini kasino' itu berselindung di sebalik …