01 July 2012

Mengapa Umno nak laksanakan Hudud di Johor?

CADANGAN Umno untuk menjadikan Johor negeri pertama melaksanakan hudud di tanah air ini semestinya akan menggamit sentimen PAS untuk kembali mewacanakan isu malar segar itu dalam lanspap politik tanah air.

Tentunya cadangan ADUN Kemelah, Datuk Ayub Rahmat itu tidak dilalukan secara semberono.

Justeru, pihak berwajib wajar untuk menghitung sebab musabab atau motif di sebalik iltizam polotik Umno di negeri berkenaan.

Semua kita tahu bahawa Umno termasuk di Johor mengamalkan perjuangan perkauman ekstrem yang zalim.

Kalau tidak, sudah lama PAS menjadi pilihan Timbalan Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta ahli parti perkauman Umno berkenaan.

Di sebalik cadangan melaksanakan Hudud di Johor itu sudah tentu untuk menajamkan kebimbangan rakyat khususnya bukan Islam (baca: Cina) terhadap perjuangan PAS.

Dalam kamus politik Umno, Melayu mungkin boleh dikekalkan menyokong parti perkauman itu. Tetapi, Cina dan India dijangka akan memberi 'undi senyap' kepada wawasan PAS yang diterajui oleh Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Kubang Kerian) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Tak percaya, kita boleh melihat reaksi rasis serta anti Islam yang diluahkan oleh Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (Presiden Umno) selepas ini demi meraihkan kebimbangan masyarakat bukan Islam untuk membenci PAS serta Pakatan Rakyat.

Terlanjur Umno mempolitikkan isu Hudud di Johor, massa seharusnya sekali lagi menanti respons Datuk Seri Najib Tun Razak kerana perdana menteri itu sebelum ini pernah secara terbuka meluahkan pendirian bahawa Hudud tidak sesuai dilaksanakan dalam konteks kemajmukan kaum di tanah air ini.

Demi menguji keikhlasan Umno, sepatutnya pihak berwajib tidak wajar bermain isu Hudud kerana menajamkan isu itu dalam konteks Johor akan mengukuhkan kembali sokongan rakyat pada parti perkauman tersebut.

Sebaliknya, PAS wajar mendesak pentadbiran Najib melaksanakan keadilan sebagaimana yang dituntut oleh syara' seperti menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Kes Kapal Selam Scorpene dan beberapa kes kritikal yang lain.

Dari situ, rakyat boleh menilai wajah sebenar Umno sama ada ikhlas melaksanakan keadilan hak atau sebaliknya.

Dari situ juga, rakyat mungkin dapat melihat kemunafikan Umno kononnya mahu melaksanakan Hudud di Johor.

Saidina Ali karramallahuwajhah pernah menyebut, "kalimah yang benar dengan kemahuan yang batil".

Setuju?


ZAINULFAQAR YAACOB
Muar | 7.25 pagi

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus