04 July 2012

Soi Lek berlakon berani sebab dia 'lelaki kotor'


CHUA Soi Lek bukan berani. Dia terpaksa buat-buat berani

Mana tidaknya, video seks beliau didedah sendiri oleh kawan-kawan MCA dari Johor sampai Utara Semenanjung Malaysia.
"Mungkin Ketua Menteri Pulau Pinang tidak seperti saya yang ada keberanian moral dan politik untuk bertanggungjawab dan menanggung akibatnya," kata Presiden MCA itu di Malaysiakini.com.
Jadi, Soi Lek tak payah paksa Ketua Menteri Pulau Pinang buat-buat berani macam dia.

Guan Eng kata, beliau tidak pernah mengadakan hubungan sulit dengan mana-mana staffnya.

Malah, Guan Eng berkata, isterinya Betty Chew tidak pernah mencederakan mana-mana staff yang kononnya mempunyai hubungan sulit dengan beliau seperti yang dituduh oleh Soi Lek.
"Saya tidak pernah mempunyai hubungan sulit dengan bekas kakitangan dan isteri saya juga tidak pernah menyerang saya atau sesiapa pun dalam hidupnya," ujar Guan Eng di Sinar Harian.

Pelabuhan Tanjong City Marina P.Pinang akan tutup?

Pelabuhan Tanjong City Marina ini sunyi dari kunjungan kapal layar.
BELUMPUN reda kritikan rakyat terhadap hasrat kerajaan Barisan Nasional pusat mahu menswastakan Pelabuhan Pulau Pinang, timbul pula desas-desus Pelabuhan Tanjung City Marina dekat George Town mahu ditutup.

Khabar ingin itu timbul semasa pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan DAP negeri sedang giat menyelamatkan Pelabuhan Pulau Pinang dari terus diswastakan oleh Barisan Nasional yang nyata bakal menghapuskan kepentingan rakyat di pelabuhan interport global itu.

Sumber dalaman yang diteroka memberitahu, isu Pelabuhan Tanjong City Marina itu bakal ditutup telah menjadi 'rahsia umum' dalam kalangan pekerja berwajib.

Isu ini masih belum menerima reaksi Pengerusi PP, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (Pengerusi Bahagian Umno Balik Pulau.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang merangkap Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sendiri pun dilihat berdiam diri dalam isu ini.

Difahamkan, banyak cabaran mendesak penutupan pelabuhan indah di bawah seliaan kerajaan pusat berkenaan.

Selain masalah kurang promosi dan tiada pengurusan yang profesional di pelabuhan berkenaan, sumber memberitahu, kos pengelenggaraan pelabuhan tersebut sangat tinggi sehingga tidak tertanggung oleh pihak pengurus berwajib.

Selain itu, kerajaan pusat didedah enggan mengeruk kawasan perairan yang cetek tersebut atas alasan menelan belanja lebih RM15 juta.

Perairan yang cetek itu mengakibatkan jeti serba cantik lagi moden itu kurang menerima kunjungan kapal layar.

Perkembangan terbaru ini dijangka bakal menggandakan lagi sokongan rakyat terhadap usaha mengembalikan semula Pelabuhan Pulau Pinang sebagai 'status pelabuhan bebas' seperti yang dihasratkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. -END

PRU13 nanti muka baru PKR di Dun Bkt Tengah?

TiGA muka baru baru dikemukakan sebagai calon ADUN Bukit Tengah bagi mengekalkan tapak sokongan rakyat terhadap dominasi PKR di kawasan tersebut pada PRU13 nanti.

Sumber dalaman PKR di cabang berkenaan bagaimanapun tidak mendedahkan nama-nama mereka berkenaan dan meminta pengumuman rasmi dibuat oleh Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pulau Pinang.

MPN Negeri semasa ini dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman.

DUN Bukit Tengah semasa ini masih disandang oleh Ong Chin Wen.

Berita lanjut menyusul kemudian...

Surat tunjuk sebab bagi ahli Umno sertai Bersih3.0


MARAH sungguh  Umno sampai minta ahli-ahlinya  yang menyertai Bersih 3.0 di Kuala Lumpur pada 28 April lepas mengemukakan surat tunjuk sebab.

Isu Bersih 3.0 bukan isu politik, ini perjuangan yang membabitkan kepentingan rakyat dan kedaulatan negara.

Sebab itu, NGO, ahli politik, wakil rakyat, artis dan rakyat pelbagai peringkat menyertai perjuangan ini.

Ahli Umno berkenaan menyertai Bersih mungkin sebab protes pada sindikit beri iC dan daftar undi warga asing yang didedah membabitkan JPN dan SPR sendiri.

Umno ini United Malays National Organization kah atau United Myanmar Nepal Organization?

Selute  untuk En Hassan Kunyawa!

Semua Adun DAP Melaka digantung 6 bulan

Gambar hiasan
KESEMUA Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP hari ini digantung selama enam bulan oleh Speaker DUN Melaka, Othman Mohammad.

Mereka, Ketua Pembangkang Goh Leong San (Kesidang), Betty Chew (Kota Laksamana), Lim Jak Wong (Bachang), Tey Kok Kiew (Bandar Hilir) dan Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh).

Punca mereka digantung adalah kerana membantah Othman kerana membenarkan Gan Tian Loo (ADUN Duyong) berucap memburuk-burukkan keluarga Betty Chew dan Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) dalam dewan yang mulia.

Othman turut dibantah kerana membenarkan media mesra Umno membuat rakaman video khusus ucapan tersebut demi memalukan Betty Chew.

Mereka keluar beramai-ramai dari dewan semalam sehingga mencemaskan Othman.

Saham pengendali e-mel 1MOOlaysia junam 70%, RM50j hangus?

Saham pengendali emel 1MOOlaysia, Tricubes Bhd. yang didagang dalam Bursa Saham Malaysia hari ini dilaporkan menjunam kira-kira 70 peratus dan mungkin dinyahsenaraikan.

The Star mendedahkan saham bernilai 0.035 mata menjunam ke -0.065 mata, lapor Anak Sungai Derhaka.

Syarikat milikan tidak langsung Nazir Razak (adik Perdana Menteri Najib Razak) itu diduga bakal menghanguskan RM50 juta dana kerajaan pusat yang sebenarnya wang rakyat.

Sebelum ini, Tricubes pernah menggamit amarah rakyat apabila menetapkan caj 50 sen per penggunaan yang membabitkan warganegara yang berusia 18 tahun dan ke atas.

Namun, Najib yang juga Presiden Umno kemudiannya berdalih, kos penyelenggaraan 'sistem bangang' itu tidak membabitkan dana awam rakyat Malaysia.

Kutu mati tunggu Najib tetap tarikh PRU13

KUTU pun mati kalau terus menunggu Najib Razak nak bubar Parlimen bagi memberi laluan pada PRU13.
"Perdana Menteri dan Umno BN sebenarnya ‘mati kutu’ untuk membubarkan parlimen kerana mereka tahu bahawa sokongan rakyat kepada BN semakin teruk, Najib tidak yakin BN akan menang sebab dia takut untuk bubar Parlimen. 
"Segala perancangan dan tindakan Umno BN selama ini tidak dapat mengubah persepsi negatif terhadap Umno BN, walaupun pelbagai bantuan, sogokan dan projek pembangunan dilakukan tetapi rakyat tetap menolak BN," ujar pakar perlembagaan, Prof Abdul Aziz bari yang kini menjadi ahli politik sepenuh masa.
Beliau berkata, pentadbiran Najib Razak tetap akan tumbang dengan kuasa rakyat pada PRU13 nanti sungguhpun Umno dan SPR didedah berjaya mendaftar ratusan ribu warga asing sebagai pengundi.

Sejak Julai tahun lepas lagi, saya dah kata, Najib Razak tak boleh buat keputusan.

Sumber saya, adalah orang kanan Muhyiddin sendiri, selain grup Farid Ridhwan.

Aksi orang yang tak boleh buat keputusan

Keris pemuda Umno 'telanjang bulat' lagi!

Gambar hiasan
"Mana keris pemuda Umno?"

"Sudah tumpul berkarat atau hilang kudrat untuk dijulang lagi?"

Ada ka patut Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadli Shaari tanya macam tuu.

Najib Razak, Muhyiddin Yassin, Khairy Jamaluddin dan gerombolan yang lain diam sebab Chua Soi Lek itu adalah 'akar' yang tinggal dalam BN sempena PRU13 nanti.

Kalau cadangan wakil rakyat Umno dari DUN Kemelah, Ayob Rahmat untuk menjadikan Johor negeri pertama melaksanakan Hudud pun tidak dipertahankan, takkan Umno nak pertahan kesucian Islam yang menjadi ruh orang Melayu?

Lebih baik dipertahankan kenyataan politik Presiden MCA itu demi memastikan tapak sokongan Cina pro BN tak hilang kelak.

Ini politik. Dah lama daaahhh Umno dilihat pentingkan agama dari politik.

Betullah kata orang-orang lama dalam Umno.
"Keris Melayu, bersarung. Umno penting politik sampai kerisnya (pada logo Umno) umno pun telanjang bulat..."
Setuju?

'P.Pinang tiada rumah kos rendah' fitnah Umno

UMNO menuduh Kerajaan Negeri P.Pinang tak bina rumah kos rendah dan rumah kos sederhana rendah sejak Mac 2008.

Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) mendedahkan, sebanyak 11,596 rumah kos rendah dan sederhana rendah telah pun dibina sejak tempoh itu.

Dari jumlah itu, pihak swasta telah membina 8,175 unit rumah, iaitu 2,612 rumah kos rendah dan 7,790 rumah kos sederhana rendah.

Tidak cukup dengan itu, pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng mengumumkan hasrat membina lebih 18,000 lagi rumah kos rendah dan sederhana rendah di Batu Kawan melalui PDC.

Kerjasama 4 pihak jayakan gotong-royong Penanti

GOTONG-royong di sekitar Kubang Semang dilancarkan secara bersama oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Kubang Semang, Sungai Semambu dan Mukim 5 baru-baru ini ke arah merealisasikan "Pulau Pinang Bersih, Hijau dan Selamat" yang dihasratkan oleh Kerajaan Negeri.

Selain JKKK, partisipasi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), badan bukan kerajaan (NGO) Unit Amal Malaysia Kawasan Permatang Pauh dan Jawatankuasa Masjid Kubang Semang dilihat menjadikan program amal itu unik di sisi warga setempat.

UiTM Pmtg. Pauh jadi sarang Umno gulingkan Kerajaan Negeri P.Pinang?

Mohamed Razali
UiTM P.Pinang dekat Permatang Pauh baru-baru ini telah dijadikan sebagai sarang Umno untuk membangkitkan perasaan benci dalam kalangan rakyat terhadap Kerajaan Negeri.

Bekas 'DAP Melayu', Mohamed Razali Abdul Rahman (No.K/P: 690714-07-5591) menuduh Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng akan menjadikan Malaysia sebagai 'Negara Kristian' sekiranya Umno Barisan Nasional tumbang pada PRU13 nanti.

Ini no.telefon beliau 0164728600. Susah untuk saya mengakses beliau kerana beliau dikawal ketat oleh sekumpulan polis Cawangan Khas semasa itu.

Bisu pemimpin Umno saksi Soi Lek anti Hudud

'Print Screen' dari twetter Soi Lek

LiHAT kicauan Presiden MCA seperti di atas.

Kenapa Najib Razak dan Muhyiddin Yassin diam?

Pemimpin Umno yang lain pun diam. 

Fathul Barri pun diam dan tak pertahan pun cadangan Johor jadi negeri pertama melaksanakan Hudud seperti yang dicadangkan oleh Ayub Rahmat (wakil rakyat Umno dari DUN Kemelah).

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kata, kenyataan Chua Soi Lek ini sepatutnya menggamit semua pemimpin Islam dalam Umno serta NGO mesra parti perkauman itu bising-bising.
“Saya ingin tahu sikap Umno berkenaan kenyataan Soi Lek bahawa Ayub sebagai orang hilang akal atau gila apabila menyatakan cadangannya untuk melaksanakan hudud di Johor. 
“Perkasa dan Pekida juga digesa buat tunjuk perasaan kepada Soi Lek kerana memberi reaksi seperti ini,” kata Mahfuz di Pejabat Agung PAS, semalam.

Sia-sia Seepool tahan berak 2 hari...

Gambar hiasan
SiA-SiA budak bernama Seepool tahan berak sampai dua hari.

Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah kata,  Mahkamah Tinggi KL pun tidak pasti 100 peratus sampel yang diambil dari buntut budak Najib Razak itu oleh Dr Seah Lay Hong konon-kononnya datang daripada Anwar Ibrahim.

Yang tinggal di Mahkamah kini hanya keterangan penetrasi yang didakwa oleh Seepool sahaja. Tiada saksi yang adil atau bukti lain untuk terus mengfitnah Anwar.

Perbicaraan kes seksual di Mahkamah lazimnya tidak boleh bergantung pada keterangan pengadu semata-mata. 

Seepool sedih?

Mengapa TV1 tag Rosmah Mansor sebagai PM?

" a picture can tell a thousand words"

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus