Skip to main content

Posts

Showing posts from July 5, 2012

Pencipta lagu Teman Sejati (Brothers) perlu RM40K biaya bedah by pass

LAGU Teman Sejati yang melonjak naik kumpulan Brother di persada seni tanah air tentu tidak kita lupa. 

Pencipta lagu kedaiman itu, Zahidin Mahmood yang lebih mesra dengan panggilan Abah Din dilaporkan memerlukan RM40,000 sesegera mungkin untuk menyempurnakan pembedahan by pass, lapor ABiM Kelantan.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Tangan yang memberi mulia kerana memberi harapan pada tangan yang menerima.

Sumbangan boleh menerusi Bank Islam, no. akaun 03018010144782.

Soi Lek 'keberanian muka tebal', kata Guan Eng

KEBERIANIAN Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang mengaku di depan khalayak bahawa dirinya sebagai lelaki dalam klip video seks sebelum ini disifatkan sebagai  'keberanian muka tebal'  oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng.

Guan Eng tengah hari tadi berkata, Soi Lek tidak layak untuk dibandingkan dengannya yang mempunyai pengalaman membela nasib seorang juvana yang menjadi mangsa rogol seorang ahli politik negara.

Guan Eng menjelaskan, beliau pernah ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1987 dan dipenjara di Penjara Kajang pada tahun 1988 kerana mempertahan nasib perempuan Melayu itu.

"Adakah mengaku terlibat dalam skandal moral membolehkan Chua terlepas dari dituduh bersalah dan menjadikannya sebagai seorang wira yang berani?

"Saya hanya boleh menyifatkan keberanian Chua (Soi Lek) sebagai keberanian muka tebal," katanya di Komtar, George Town.

Bukti bina Universiti di Balik Pulau hasrat kerajaan BN pusat

Bukti projek bina Universiti di Balik Pulau adalah hasrat Kerajaan Umno Barisan Nasional Pusat | Klik digambar itu membesarkan imej.SURAT hitam putih kerajaan pusat untuk membina Asian Women Leadership Universiti (AWLU) di Pulau Pinang yang membabitkan Kampung Genting, Balik Pulau didedah kepada umum.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng menjelaskan, surat rasmi dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Senator Datuk Seri Idris Jala itu boleh menjelaskan bahawa kerajaan negeri tidak pernah cuba merampas tanah rakyat di negeri berkenaan.

Penjelasan itu sebagai reaksi pada inisiatif sekumpulan pemuda Umno yang melancarkan demontrasi di Balik Pulau semalam kononnya membantah keputusan Kerajaan Negeri merampas tanah tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Sr. Muhamad Farid Saad (Umno) dilaporkan turut serta dalam demontrasi itu.

Hasrat pusat bina Universiti lahir bimbang warga Balik Pulau

HASRAT Kerajaan Pusat membina Asian Women Leadership Universiti (AWLU) di Kampung Genting, Balik Pulau mendorong lebih 40 pemilik tanah daripada pelbagai bangsa mengadakan pertemuan tertutup dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng.

Rata-rata mereka melahirkan perasaan bimbang sekiranya kepentingan hartanah serta hak penempatan mereka diabaikan kelak di sebalik projek mega kendalian Kementerian Pengajian Tinggi itu.

Guan Eng bagaimanapun berkata, tanah kampung berkenaan dipilih oleh kerajaan pusat bagi menubuhkan sebuah universiti wanita yang bpertama dan terunggul di benua Asia.

Kerajaan Negeri telah diminta oleh ketua pegawai eksekutif (CEO) Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Senator Datuk Seri Diris Jala untuk memudah cara penubuhan AWLU dengan mengambil tanah seluas 100 ekar itu berdasarkan Akta Pengambilan Balik Tanah, 1960.