Skip to main content

Posts

Showing posts from July 6, 2012

Uncle Seeker bakal ke tali gantung sebab sekilo dadah dijumpai dalam paket seluaq dia?

ESOK lusa, Uncle Seekers dikenal pasti sebagai mafia dadah atau dijumpai banyak dadah di rumah selebriti itu.

Dengan hal demikian, membolehkan "Hang Jebat" itu ke tali gantung.

Bahana lawan Raja...

Air kencing Uncle Seekers atau nama sebenarnya  Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas hari ini disahkan positif dadad selepas direman semalaman oleh polis Johor.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Asisten Komisioner, Mohd Akhir Ishak berkata, Syed Abdullah yang direman bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel dalam blognya didakwa memfitnah Sultan Johor itu positif mengambil dadah jenis morfin.

"Laporan polis telah dibuat dan kes disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," kata kenyataan jabatan itu.

Ujian air kencing dijalankan pada jam 1.25 tengah hari tadi. Beliau kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya.

Laporan dibuat dan kes disiasat oleh…

Rafizi Ramli 'musuh no.1 BN' jadi harapan Anwar?

Oleh: Amin Iskandar

SEWAKTU mencalonkan diri sebagai calon ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti tersebut tahun 2010, Rafizi Ramli adalah nama yang asing bagi ramai pihak.

Walaupun telah melibatkan diri dengan gerakan reformasi anjuran Datuk Seri Anwar Ibrahim semenjak hari pertama pada tahun 1998, watak Rafizi tenggelam oleh kerana kehebatan mentornya, Allahyarham Adelan Benan Omar. Adelan Benan Omar dan Rafizi Ramli (gambar) kedua-duanya membesar di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Dalam tulisan di blognya, Rafizi menceritakan bagaimana manusia “genius” (Adelan) mendidiknya sehingga menjadi seorang pendebat hebat.

Rafizi kemudiannya masuk ke dunia korporat dan pernah bertugas di GLC seperti Petronas. Akauntan bertauliah ini muncul kembali dalam arena politik pada penghujung tahun 2010. Beliau dikatakan bertanggungjawab menyediakan teks debat Anwar ketika berhadapan dengan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Penyertaan artis bukti 'PAS untuk Semua', kata Husam

FENOMENA artis mendekatkan diri dengan Islam serta menyertai PAS membuktikan bahawa parti Islam berkenaan ada untuk rakyat Malaysia, kata Naib Presidennya Datuk Husam Musa.

Malah katanya, fenomena itu seakan meyakinkan rakyat terhadap slogan PAS For All yang cuba direalisasikan oleh PAS di tanah air ini.

“Mungkin selama ini mereka tidak mendapat maklumat yang jelas berhubung perjuangan PAS, namun selepas mereka memahami pada masa yang sama mereka boleh beribadat melalui karier masing-masing selagi tidak bercanggah dengan syariat.

“Mereka semakin sedar dan semakin didedahkan dengan kebenaran,” ujarnya di Harakahdaily.net.

Sebelum itu, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat turut melahirkan rasa syukur dengan iltizam dakwah yang diluahkan oleh selebriti Hairie Othman dan Abby Abadi menyertai PAS.

“Lt. Adnan (Hairie Othman), datang bertemu saya sewaktu di Kuala Lumpur, makan tengahari bersama yang selama ini artis begitu takut untuk bersama kita, wal hal kita bersedia menerima se…