09 July 2012

Ayah Pin, Nik Aziz sama - Che Det

"Kenapa Nik Aziz niii orang Kelantan hormat sangat," mungkin itu yang berbenak dalam jiwa orang nombot kosong dalam Umno.

Maka, Nik Aziz cuba disamakan dengan Ayah Pin secara tidak langsung dalam blog bekas perdana menteri itu. [Anak Sungai Derhaka]

Ada orang kata, Dr Mahathir sudah tidak dihormati dalam Umno lagi. 

Orang Umno kata, Rosmah Mansor lebih dihormati. Rosmah sangat dihormati sampai Najib terpaksa pujuk dalam isu close tender MRT Ampang. 

Nak bagi pada Cina tempatan ka atau Cina Korea yang Rosmah nak? 

Dulu, semua close tender  'dedi kasi'. Sekarang lain...

Nantikan pendedahannya...

Debat: Muhyiddin Yassin ganti Najib Razak

'Pengganti Najib Razak'
Mungkin Muhyiddin yang akan tampil berdebat dengan Anwar Ibrahim sebab Najib kata, "debat bukan budaya kita". [Sharpshooter]

Patutlah nampak lain macam aja kicauan dan contengan di alam maya sejak berakhirnya Debat 2.0: Debat 2.0 DAP & MCA: Dasar Siapa Yang Lebih Memberi Manfaat Kepada Negara? semalam.

Geng Farid Ridhwan kata, Najib Razak bukan takut debat. Dr Mahathir yang tak bagi debat dengan Anwar Ibrahim.

Maka, Anwar Ibrahim calon PM tak bermoral jika terus cabar Najib berdebat.

Kalau Najib Razak malu nak berdebat, tak salah Muhyidin nak ganti boss dia. Lambat laung Muhyiddin pun akan jadi PM. 

Faqar: Jom kita #MuhyiddinGantiNajibDebat di Twitter.

Bayan Baru pun tak dirampas, logikkah DAP nak tanding 90 kerusi?


DAP sampai sekarang tak mintak-mintak kerusi Parlimen Bayan Baru sebab menghormati kerusi tradisi PKR itu.

Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) acap kali minta calon DAP Melayu tanding dikerusi yang masih disandang oleh Zahrain Mohamed Hashim (Bebas) itu.

Bukti BN dalang projek lereng bukit P.Pinang

Kolumnis Joceline Tan pernah melaporkan "dying hills" di Pulau Pinang melalui The Star.

Utusan kata, Guan Eng tak ikhlas.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang digambarkan terlalu mementingkan keuntungan dan tak kisah amarah rakyat.

Pentadbiran Guan Eng digambarkan sanggup meluluskan semua projek pembangunan di lereng bukit berketinggian atas 250 kaki yang berbahaya serta mencemarkan keindahan alam.

Sebenarnya, Guan Eng jemput Datuk Seri Wong Chun Wai untuk pergi menyaksikan sendiri Bukit Bendera sama ada "dying hills" tetapi Ketua Kumpulan Pengarang The Star itu elak dan tak berani sertai ekspedisi itu.

Kebajikan pelajar OKU UPSR perlu perhatian Muhyiddin


TUNTUTAN masa tambahan selama 30 minit lagi bagi kertas peperiksaan Matematik khusus untuk pelajar orang kelaianan upaya (OKU) penglihatan akhirnya dipanjangkan oleh waris berkenaan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng.

Mereka mendakwa, masalah kebajikan anak-anak mereka telah pun beberapa kali dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum ini, namun tidak mendapat reaksi positif. 

Kapsyen: Ernest Teoh antara pelajar OKU yang menerima cek sumbangan RM600 daripada Ketua Menteri.

"Apa yang pelajar lain boleh buat, mereka ini pun boleh buat cuma mereka ini seakan dipinggirkan kalau tiada keprihatian daripada kita. 

"Biasanya kementerian akan tujukan semua masalah ini kepada kita tetapi tujuan ini adalah tidak adil," kata Alvin Teoh, 41, waris kepada Ernest Teoh, 11 di Kompleks Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), di sini baru-baru ini.

Guan Eng minta Umno tak ambil 39 ekar tanah Melayu, 59 ekar tanah Cina untuk bina universiti

P.Pinang rayu pusat bina AWLU selain di Kg. Genting Balik Pulau

KETUA Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Lim Guan Eng baru-baru ini meminta kerajaan pusat menimbang semula tapak seluas 100 ekar yang lain dari tapak Asian Women Leadership Universiti (AWLU) sekarang di Kampung Genting demi kepentingan rakyat.

Permintaan itu sekaligus menolak taktik kotor Umno khususnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhamad Farid Saad dengan meniupkan api perkauman demi menggagalkan inisiatif pendidikan kerajaan pusat yang disokong oleh Kerajaan Negeri.

"Macam mana boleh gunakan isu perkauman (apa)bila 59 ekar tanah dimiliki oleh bukan Melayu berbanding dengan 39 ekar tanah dimiliki oleh orang Melayu," soal beliau di Komtar, George Town.

UPM anjur debat macam lomoq taik atas kepala Najib Razak

Tak patut UPM anjur debat perpaduan. [MiloSuam]

Anjuran itu macam meludah atau lomoq taik atas muka kepala Najib Razak sebab perdana menteri kita kata, "debat bukan budaya kita". [Malaysiakini]

Anwar pun satu, buat apa cabar berkali-kali Najib Razak untuk berdebat. [SinarHarian

Cabarlah pemimpin Umno yang lebih berani seperti Muhyiddin Yassin sebab Najib Razak khabarnya menerima arahan Dr Mahathir supaya tidak berdebat dengan Anwar Ibrahim.

Barisan Nasional bertuah kerana ada pemimpin berani seperti Muhyiddin Yassin. Chua Soi Lek lagi berani sebab dua kali dah berdebat dengan Guan Eng.

Najib Razak? Kena tanya penganjur debat perpaduan anjuran UPM.

Anwar Ibrahim calon PM tak bermoral jika terus cabar Najib berdebat

Najib Razak kata, Anwar Ibrahim kalau nak jadi perdana menteri, mesti bermoral.

Anwar Ibrahim dinasihat sedemikian untuk menutup kelemahan kelemahan moral Najib sendiri, iaitu tidak berani untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim.

Semalam, Lim Guan Eng buat kali kedua bersemuka dengan Chua Soi Lek di pentas debat mengenai Debat 2.0 DAP & MCA: Dasar Siapa Yang Lebih Memberi Manfaat Kepada Negara?

Guan Eng sekali lagi mengulangi bahawa rakyat Malaysia sebenarnya menantikan debat terbuka antara Najib Razak dan Anwar Ibrahim, bukan dirinya dan Soi Lek.

Justeru beliau memuji Soi Lek kerana lebih berani berbanding Najib Razak dalam mempertahankan kezaliman serta rasuah Barisan Nasional dari terus ditolak rakyat pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Sebenarnya Najib Razak bukan tidak berani untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim. Tetapi, Dr Mahathir Mohamed sebenarnya tidak mengizinkan perdana menteri itu untuk berdebat dengan ketua pembangkang.

Tentu ada sebab Najib Razak yang merupakan orang no.1 Umno diarahkan sedemikian oleh orang no. kosong dalam Umno.

Abby Abadi bantah ISA, bakar gambar Najib Razak, Hishammudin?

LiHAT gambar di atas. Kem Kemunting menyaksikan gambar Najib Razak & Hishammudin Tun Hussein dibakar gara-gara sikap acuh tidak acuh dua pemimpin Umno itu terhadap mogok lapar 45 tahanan ISA.

Kejadian itu berlaku di pintu masuk kem semasa protes Gerakan Mansukan ISA dilancarkan, lapor Anak Sungai Derhaka.

Najib Razak sebelum ini kata ISA dimansuhkan. Tapi, 45 tahanan tanpa bicara masih dibelenggu di kem ala Zionis itu lagi.

Di mana Janji Ditepati yang diselokakan oleh Najib Razak?

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus