Skip to main content

Posts

Showing posts from July 14, 2012

Polis tak jumpa sekilo dadah dalam poket, Uncle Seekers dibebaskan dengan ikat jamin

PEMBEBASAN Uncle Seekers dengan ikat jamin polis sekaligus membuktikan bahawa kuasa raja yang dianggap zalim tidak mampu menundukkan kuasa rakyat yang memperjuangkan keadilan.

Bernama melaporkan, Timbalan Ketua Polis Siasatan Jenayah Johor, ACP Mohd. Akhir Ishak mengesahkan, Uncle Seekers atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas dibebaskan pada jam 12.55 tengah hari tadi di IPD Nusajaya.

Pengkaji aktiviti paranormal itu ditahan sekitar jam 7 malam pada 11 Julai lepas bagi membantu siasatan polis selepas beliau mendedahkan wajah sebenar kerabat Diraja Sultan Johor.

Hadi, Ghannushi rancang kemenangan PAS di PRU13

Kemenangan parti an-Nahda pimpinan Rashid Al-Ghannushi di Tunisia sudah tentu menjadi salah satu sumbu perjuangan PAS sempena mendepani musim Pilihan Raya Umum ke-13.

Atas maksud itu, Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin demokrat liberal Ikhwan itu baru-baru ini.

Waktu parti Islam an-Nahda memenangi hati majoriti rakyat Tunisia, blogger penyokong PAS tanya, "Bilalah PAS nak ada Rashid al-Ghannushi…

Wartawan Malaysiakini dihalau keluar dari Konvensyen Media Umno

WARTAWAN Malaysiakini.com Ahmad Fadli KC dihalau keluar dari Konvensyen Media 1Malaysia gara-gara melaporkan berita Wartawan Utusan ajar 'putar' fakta.
"Dalam bentuk penulisan kita ada; satu fakta, satu spin (putar fakta), satu lagi blatant lie (pembohongan terang-terangan). "Dari segi perang psikologi kita jangan ikutlah blatant lie, kita jangan tulis pembohongan. "Kita boleh spin, macam mana kita nak spin sesuatu fakta tersebut memihak kepada kita, itu OK," kata Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia Datuk Mohd. Zaini Hassan.

Kuning pasti aman bak Oren jika tiada keganasan polis

Himpunan OREN selamat hari ini menyerahkan memorandum membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FVGH) dalam Bursa Malaysia kepada Yang di-Pertuan Agong tanpa tindakan ganas pihak polis sebagaimana yang dicetuskan dalam himpunan serba kuning Bersih 3.0 lepas.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bersama-sama Mazlan Aliman (Presiden ANAK), Datuk Tamrin Tun Ghafar (pemimpin UMNO), Dr Rosli Yacob (bekas timbalan pengurus operasi di Bank Negara Malaysia), Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan PAS Malaysia) dan dua peneroka (Tanggam dan Siti Halijah) dibenarkan masuk ke Istana.

Dalam perarakan dari Masjid Jalan Duta, Kuala Lumpur yang bermula kira-kira jam 2.20 petang tadi, lebih 5,000 rakyat pelbagai kaum - rata-rata berpakaian serba oren - melaungkan 'pecat Isa Samad', 'bebasan peneroka' dan 'Hancur Najib'.

Pemuda, Hafiz Nordin 'pertemuan biasa' - Yusni

KETUA Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah berkata, pertemuan 'pasukan' beliau dengan Mohd. Hafiz Mohd Nordin di Madrasah An-Nahdhoh, Kubang Semang pada Ahad lepas adalah "pertemuan biasa".

Penjelasan itu sekaligus menolak dakwaan yang didedahkan sebentar tadi, iaitu pertemuan sulit dengan Hafiz Nordin kejut Yusni, pemuda pusat?

"Itu, pertemuan biasa. Ustaz Hafiz hadir Hari Keluarga (PASTi) di situ atas kapasitinya sebagai ahli lembaga pengarah SRiBU (Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum) dan (atas kapasitinya sebagai) bekas ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang.

"Pasukan saya tak pernah bertemu dengan Ustaz Hafiz. (Dewan) Pemuda PAS Negeri (Pulau Pinang) tidak pernah mengeluarkan apa-apa arahan (kepada) mana-mana pemimpinnya untuk bertemu dengan Ustaz Hafiz Nordin," ujar beliau petang tadi menerusi telefon sejurus selesai menyertai perhimpunan aman OREN di ibu negara.

Pertemuan sulit dengan Hafiz Nordin kejut Yusni, pemuda pusat?

SiRi-SiRi pertemuan sulit beberapa pemimpin pemuda PAS Pulau Pinang dengan Mohd. Hafiz Mohd. Nordin yang ditanya dalam mesyuarat Dewan Pemuda PAS Pusat pagi tadi telah mengejutkan ahli dewan yang hadir.

Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah dilaporkan turut tergejut serta terkesima semasa diminta memberi penjelasan mengenai kewajaran pasukannya bertemu dengan Mohd. Hafiz yang belakangan ini nyata menyerang pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat.

Mohd Yusni kemudiannya cuba dihubungi menjelang jam 2 petang tadi bagi mendapatkan maklum balas lanjut, namun gagal.

Sumber-sumber dalaman Dewan Pemuda PAS Pusat yang diteroka bagaimanapun memberitahu, pertemuan sulit terbaru membabitkan Yusni serta beberapa pemimpin utama PAS negeri dengan Mohd. Hafiz pada Ahad lepas di Madrasah an-Nahdhoh, Kubang Semang.

Malaysia perlu 'institutional reform' elak skandal Scorpene berulang - Mujahid

MALAYSiA memerlukan 'institutional reform' atau kerangka reformasi institusi pentadbiran negara demi memelihara kedaulatan negara, kata Datuk Dr Mujahid Yusof.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata demikian semasa mengulas mengenai syarikat pertahanan Perancis, DCNS yang didedah 'membeli' satu dokumen sulit mengenai pembelian kapal selam kelas Scorpene yang sedang dinilai oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk dibeli oleh kerajaan pusat.

"Perjanjian itu bukan berasaskan pada (kepentingan) pertahanan negara dan keperluan nasional, tetapi berasaskan pada ahli-ahli politik yang mahu mengekalkan kuasa.

"Rasuah politik berlaku kerana tiada (doktrin) pengasingan kuasa yang hakiki (sehingga) tiada suasana demokratik yang subur.

"Rasuah berlaku disebabkan tiada peruntukan diberikan kepada semua parti, sesiapapun yang memerintah perlu lihat hakikat ini demi kepentingan negara.

"Setiap tahun, kerajaan (pusat) memberikan geran pada setiap parti polit…

Mujahid kini bergelar Datuk

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof antara 1,138 yang tersenarai sebagai penerima anugerah kebesaran sempena hari jadi ke-74 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang,Tuan Yang Terutama Datuk Seri Utama (Dr.) Abdul Rahman bin Haji Abbas.

Mujahid dianugerah Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk.

Mujahid yang kini merupakan Ahli Parlimen Parit Buntar dipilih menerima gelaran itu atas sumbangannya di peringkat antarabangsa seperti mewakili Malaysia ke Parlimen OIC serta mengetuai rombongan Sekretarian Muslim ASEAN (AMSEC) ke Afrika Selatan pada tahun 2001.