16 July 2012

FGVH: Mahfuz dah lomoq taik atas kepada kita semua demi Azizan

"Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang 
yang zalim." (Surah Al-Ma'idah : 51)
MAHFUZ Omar hari ini tak tahu nak persalah siapa dalam isu PKNK milik 500,000 FGVH.

Azizan Razak orang politik macam dia. Sanusi SetPol pun macam dia.

Kalau nak persalah pun, persalah pentadbiran PKNK tiada apa-apa sebab mereka ini bukan Menteri Besar Kedah.

Mereka ini bukan Pesuruhjaya PAS KedahMereka ini bukan ahli Majlis Syura Ulama PAS Kedah.

[Pendapat] Kumpulan ‘Rakan Kongsi’ UMNO dalam Pas masih wujud?


Anuar Omar 
Mantan Ketua Waratawan Sinar Harian Utara

SEJAK Penubuhan Pas pada 1951, Umno/Barisan Nasional merupakan satu-satunya musuh yang nyata kepada Pas dalam wadah politik Negara. Hal ini jelas kerana Umno juga merupakan pencabar Pas dalam setiap pilihanraya di semua kerusi DUN ataupun Parlimen.

Selain Pilihanraya, Pas juga menentang Umno disebabkan Dasar yang dibuat oleh mereka yang dilihat bercanggah dengan Islam, malah ada kalanya dasar yang digubal semata-mata untuk menindas rakyat.

Atas dasar itu juga, Pas menolak untuk ‘bekerjasama’ dengan UMNO dari dulu sehingga sekarang. Cuma, ketika krisis kepimpinan Pas pada tahun 1974-1978 dimana Pas dibawah kepimpinan Dr Asri Muda ‘terpedaya’ dengan janji manis UMNO ketika itu.

Polis lagu niii yang aku suka sekarang!


DULU, saya memang anggap 'Polis Raja Di Malaysia'.

Polis lagu nihhh yang aku suka sekarang!

Muhyiddin cadang PRU13 tahun ini untuk bantu Dr.M 'selamatkan' Petron?

Gambar hiasan
TiDAK mungkin Pilihan Raya Umum ke-13 akan diadakan pada tahun ini seperti yang dicadangkan oleh Muhyidin Yassin.

Sumber pejabat Timbalan Perdana Menteri yang diteroka berpendapat, cadangan itu mungkin sekadar mengusik moral Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tentu ada motif di sebalik itu semua. Takkan timbalan perdana menteri bercakap dulu baru berfikir?

Sumber berkata, Muhyiddin mungkin sedang melorong peluang mendekati kerusi perdana menteri semasa Najib dijerut dengan pelbagai skandal seperti Scorpene dlll belakangan ini.

Mungkin sebab itu juga, Muhyiddin berkata, tahun ini masa paling baik adakan PRU13.

Umno tanya 50 soalan dalam DUN Kedah, PAS jawab 5 saja

Sila baca cerita Sanusi di sini, di sini dan di sini.
SiDANG Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini mungkin mencatat sejarah kerana ia dijalankan hanya 1 jam 18 minit.

Ketua Pembangkang DUN, Datuk Seri Mahadzir Khalid berkata, kerajaan negeri PAS Kedah berbuat demikian kerana tidak mahu menjawab isu-isu besar yang timbul sekarang ini.

Katanya, daripada lebih 50 soalan yang dikemukakan oleh wakil rakyat BN dan Pakatan Rakyat, hanya lima soalan yang dijawab.

Bicara Karpal Singh guna Akta Hasutan bukti 'Janji Ditepati' Najib bohong

Gambar hiasan
Pengerusi DAP, Karpal Singh yang didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 dan bakal dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 20 Julai ini meletakkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tanda tanya.

Gambar kenangan Jagdeep (kanan) dan ayahnya, Karpal
ADUN Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo berkata, Najib yang juga Presiden Umno sepatutnya jujur dan konsisten semasa cuba menggantikan akta tersebut dengan Akta Keharmonian Nasional sekarang.

"Saya memang berpuas harti dengan Perdana Menteri kita kerana langkah menilai semua Akta Hasutan itu adalah langkah yang betul.

"Tapi, kalau masih menggunakan Akta (Hasutan) itu dengan mengheret mana-mana pihak, Perdana Menteri nampak tidak konsistan.

"Kalau jujur dan ikhlas, tarik balik semua dakwaan dan hukuman yang menggunakan Akta (Hasutan) ini," tegas beliau semasa dihubungi wartawan.

FGVH: Betulkah Sanusi SetPol MB Kedah bohong orang Pas?

"Sanusi sengeh"
JANGAN lah kata Sanusi bohong apabila disiar Azizan Razak dapat tau lewat bab PKNK beli saham FGVH, kata Sanusi SetPol.

Sanusi bercakap macam itu mungkin sebab nak pertahan Bukit Uhud

Sesekali difikir, nampak Azizan dan ahli lembaga pengarah PKNK yang lain macam tiada kuasa sampai Ketua Eksekutif PKNK, Datuk Abdul Rahman Ibrahim sendiri boleh buat business decision konon-kononnya.

Pemilikan 500,000 unit saham FGVH itu bukan sikit, banyak.

PRU selepas Bujet 2013 serlahkan Najib, BN lemah

Najib Razak
KETUA Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan mencadangkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan sejurus selepas perbentangan Bajet Malaysia 2013.

Pendapat itu diluahkan semasa rata-rata rakyat masih berteka-teki mengenai tarikh PRU13.

Namun, banyak pihak menduga, Bajet 2013 akan menjadi "senjata penting" bagi pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membendung kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya nanti.

Wan Azizah tanding DUN Penanti, jadi TKM1 P.Pinang di PRU13?

Kak Wan
Dr. Wan Azizah Wan Ismail disebut-sebut sebagai calon Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang selepas Presiden PKR itu menyatakan hasrat untuk bertanding di peringkat DUN.

Desas-desus itu tersebar semasa kerusi nombor dua dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang masih disandang oleh Naib Presiden PKR merangkap ADUN Penanti, Datuk Mansor Othman.

Lanjutan itu, timbul spekulasi berantai bahawa Mansor bertanding di Parlimen Nibong Tebal seperti yang dicadangkan oleh Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memberi laluan kepada Dr. Wan Azizah ke DUN Penanti.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) - sayap parti PKR - yang turut disebut-sebut mengintai kerusi Penanti dalam reaksi spontan berkata, jawatan itu mungkin boleh diberikan kepadanya sekiranya Pakatan Rakyat (PR) kekal memerintah negeri.

Azizan Razak dapat tau lewat bab PKNK beli saham FGVH, kata Sanusi SetPol

SETPOL Menteri Besar Kedah kata, Azizan Razak dapat tau lambat mengenai PKNK beli 500,000 saham FGVH.

Jawapan ini sekaligus menjawab persoalan Azizan Razak tolak aspirasi PAS, Oren selamatkan hak peneroka Felda?

Alasan ini diharap boleh cover line serta boleh membatalkan niat FGV: Patutnya orang PAS Kedah demonstrasi depan pejabat MB depa  seperti yang dicadangkan oleh Pak Bakaq Haq aka Penarik Beca sebelum ini.

Setuju?

200 tuntut 'janji ditepati' Najib bebas 45 tahanan ISA

Gambar ihsan dari FB Wak Balun
HiMPUNAN anti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kemunting, Perak yang masuk minggu ketiga berturut-turut pagi semalam disertai kira-kira 200 rakyat Malaysia.

Mereka menuntut pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membebaskan 45 tahanan ISA berbaki selari dengan hasrat kerajaan Umno Barisan Nasional pusat kononnya memansuhkan akta draconion itu.

Penyelaras Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syukri Abdul Razab berkata, perhimpunan aman itu dijangka menerima penyertaan kira-kira 500 orang jika tiada sekatan jalan raya oleh polis.

Main karom sorang-sorang jadi hobi terbaru Hasan Ali?

Sumber: Facebook
Penat-penat menyelamatkan akidah, Hasan Ali @AkidahJATi main karom sorang-sorang.

Kesian....seluuuuuuurruuhhhh rakyat tak ada yang sudi main karom dengan bekas pesuruhjaya PAS Selangor ini kah?

Baca di sini dan di sini.

Punca Mansor Othman diserang 100 ahli PKR P.Pinang



DiFAHAMKAN berita 100 ahli PKR - majoriti India - mendesak Datuk Mansor Othman melepas jawatan sebagai pengerusi PKR negeri dan timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang ini seperti yang dilaporkan dalam TheSundaily turut dilaporkan dalam Buletin TV3 malam tadi.

Informasi yang diteroka di Cabang PKR Bukit Mertajam memberitahu, grup PKR yang diketuai R.Chandran sebenarnya tidak berpuas hati dengan mutu kerja JKKK Taman Sentosa.

Pengerusi JKKK Taman Sentosa, Rajendran a/l Raja Gopal dikatakan melantik anak bini serta kaum keluarganya mengisi jawatan penting dalam jawatankuasa setempat.

Azizan Razak tolak aspirasi PAS, Oren selamatkan hak peneroka Felda?

"Ulamak kalau salam dengan ketua asobiyyah, kena sua dua belah tangan"
PEMiLiKAN 500,000 saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang didedah Jumaat lepas sekaligus menjadi tanda tanya bagi pentadbiran Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak sendiri.

Sama ada Azizan menyokong aspirasi kerajaan Umno Barisan Nasional pusat di bawah teraju Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atau masih sependirian dengan PAS dalam menyelamatkan kepentingan peneroka Felda, Pesuruhjaya PAS negeri itu mempunyai jawapannya. 

Namun, tindak tanduk Kerajaan Negeri itu semasa PAS serta Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang diteraju oleh Mazlian Aliman (AJK PAS Pusat) bertungkus lumus membantah penyenaraian hak peneroka Felda dalam Bursa Malaysia melalui himpunan Oren yang berlangsung pada Sabtu lepas.

Sehingga 12 tengah malam tadi, didapati, Azizan yang mengetuai perbadanan itu masih tidak memberi penjelasan mengenai konflik kepentingan membabitkan langkah negeri dengan aspirasi PAS pusat.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus