Skip to main content

Posts

Showing posts from July 19, 2012

Permuafakat cari tajaan RM12,960 untuk iftar 80 murid SAR Ar-Aminiah sempena Ramadhan

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Rakyat Pulau Pinang (Permuafakat) mencari tajaan iftar atau jamuan berbuka puasa untuk 80 pelajar Sekolah Agama Rakyat Al-Aminiah, Permatang Nibong sempena Ramadhan ini.

Setiausaha NGO itu, Mamu Rasyid berkata, RM12,960 atau RM6 sehari diperlukan untuk menampung kos iftar selama 27 hari di asrama berkenaan.

"Sesiapa yang berminat, sila hubungi saya, 0134145663 bagi yang berminat," ujar beliau.

Permuafakat merupakan sebuah NGO yang giat dalam program amal selain menghantar bantuan kemanusiaan kepada umat Islam Gaza dan Rohinya. -END

Bukti projek lereng bukit 'berisiko tinggi' dipamerkan hingga 30 September

MAJLIS Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) akan mempamerkan kesemua bukti berupa dokumen, laporan serta pelan merancang projek 'berisiko tinggi' di lereng bukit sekitar Pulau Pinang yang diluluskan semasa Barisan Nasional menguasai Kerajaan Negeri.

Yang Dipertua Majlis, Datuk Ar. Patahiyah Ismai berkata, langkah berani itu dilakukan supaya rakyat dapat menilai hakikat sebenar di sebalik pelbagai tanggapan negatif yang dilemparkan kepada majlis serta pentadbiran Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng.

Patahiyah berkata demikian semasa pembangkang Pulau Pinang menggambarkan pentadbiran Guan Eng tidak cakna keselamatan rakyat serta cuba memusnahkan keindahan alam di negeri berkenaan.

"Sebenar kita (MPPP) bercadang pamer semua ini kepada orang awam selama dua minggu, tetapi memandangkan dua minggu tidak cukup untuk orang awam menilai semua pelan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri yang lama sejak 2006 sampai Mac 2012, maka kita akan buka (pamer) selama tiga bulan," ujar beliau…

37 projek lereng bukit 'bangkai dinasor' Umno P.Pinang - Pemuda PAS

37 projek lereng bukit berketinggian lebih 250 kaki sekitar Pulau Pinang disifatkan sebagai 'bangkai dinasor' Umno serta Barisan Nasional semasa memerintah Kerajaan Negeri, kata Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPP NPP).

Jurucakapnya, Dzulfahmi Abu Bakar berkata, kesemua projek itu diluluskan sebelum Mac 2008, iaitu semasa Barisan Nasional mengausai Kerajaan Negeri.

Malah katanya lagi, 19 kelulusan yang diberikan selepas Mac 2008 oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebenarnya adalah projek khas yang telahpun diluluskan oleh Kerajaan Negeri sebelum Mac 2008 berdasarkan garis panduan geo-teknikal biasa.

"Bagi saya, sepatutnya, pemimpin Umno dan Barisan Nasional dari awal lagi tidak meluluskan kesemua projek misteri itu.

"Umno dan Barisan Nasional menuduh Kerajaan Negeri Pulau Pinang era Pakatan Rakyat di kampung-kampung sekarang ini untuk menutup 'bangkai dinasor' yang dilakukan oleh Barisan Nasional semasa menguasai Kerajaan Negeri dulu,"…

Kerajaan P.Pinang era PR berjaya selesaikan masalah 13 tahun tanah wakaf Jelutong tinggalan 'lanun' Umno

ARKiB | Masalah umat Islam di Jelutong yang gagal diselesaikan oleh Kerajaan Negeri era Barisan Nasional sejak 13 tahun lepas berjaya diselesaikan oleh pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng.

Beliau berkata, proses pengambil alihan tanah seluas 3.208 ekar milik bukan Islam yang bernilai RM20 juta bagi menangani masalah kepadatan tanah perkuburan Islam di Jelutong dilakukan sungguhpun Kerajaan Pusat sebelum ini berjanji untuk membeli tanah bernilai tinggi itu.

“Tanah yang diambil untuk tujuan perkuburan kini dimiliki oleh orang bukan Islam.

"Ia merupakan kes yang jarang berlaku di mana tanah bukan Islam diambil untuk tujuan perkuburan Islam di Pulau Pinang," ujar beliau pada satu sidang media di Komtar baru-baru ini.

Umno tangguh huru-hara Malaysia di PRU13 guna filem?

SEBELUM ini, Faqar pernah kata, Filem Umno bakal hura-hara Malaysia di PRU13. 
Hari ini, mStar melaporkan, Penundaan filem 'Tanda Putera' tiada kaitan dengan PRU13?
Cover line apa pulak nie dalam kepala Najib Razak?
Takkan sebab Lim Kit Siang kata, Najib terlepas waktu terbaik umum PRU13, maka perdana menteri itu seloooppp. 
Tuan Guru Abdul Hadi Awang ramal pilihan raya lepas raya.
Sekali lagi Faqar nak kata, Najib Razak tak boleh buat keputusan. 
Cadangan mengadakan PRU13 selepas bentang Bajet 2013 datang dari Ahmad Maslan. Muhyiddin cadang, pilihan raya tahun ini.
Apabila saya kata begini, rakan sekerja Farid Ridhwan kata, "Najib bukan tidak boleh buat keputusan. Beliau tak yakin dapat dua pertiga kalau pilihan raya dibuat sekarang. Kalau gagal dapat dua pertiga, Najib jadi Pak Lah dan Muhyiddin jadi PM."