Anuar Omar
Mantan Ketua Waratawan Sinar Harian Utara
PERDANA Global Peace Foundation (PGPF) kumpulan yang menaja keamanan dunia sekali lagi tampil membuat kejutan dengan mengadakan Kempen Aman Malaysia, ‘Saya pilih mengundi’ di media-media massa di Negara ini menjelang PRU 13.
Kumpulan sama yang menaja keamanan Palestin dan Tribunal Jenayah Perang Amerika Syarikat ke atas Iraq dan Afgahanistan itu juga dikatakan sedang berusaha menyakinkan rakyat supaya menolak politik jalanan dan demonstrasi yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat.
PGPF yang dinaungi oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed itu mahukan rakyat menolak ‘budaya demonstrasi’ seterusnya memilih cara mengundi yang lebih aman di Negara ini.