05 August 2012

'Saspek pembunuh Altantuya' nekad saman Anwar menjelang PRU13?

"Najib dan isteri, Rosmah Mansor lebih mengetahui."
Skandal kapal selam Scorpene yang dibicarakan di Mahkamah Perancis sekarang ini nampaknya seakan cukup menjerut leher Datuk Seri Najib Tun Razak.

Nama Razak Baginda, bekas setiausaha politik perdana menteri sudah disebut dalam proses siasatan kes rasuah tersebut. 

Keluarga mendiang Altantuyaa pun akan dipanggil untuk siasatan skandal itu. Lambat laung, institutional reform mungkin berlaku jika Najib terus berdiam diri.

Semestinya grup Najib tidak akan berputeh mata. Najib memerlukan sepenggal lagi sebagai perdana menteri.

Dengan apa cara sekalipun, dominasi siasah Muhyiddin Yassin terus dibendung sungguhpun menerima sokongan tidak langsung daripada Dr Mahathir Mohamed.

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan!!!

Sumber pejabat Timbalan Perdana Menteri mendedahkan, Najib akan saman Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang PRU13 nanti.

KMPP: Mengapa BN tak bangkit isu tanah Taman Manggis tujuh tahun lepas?

RAHMAD Isahak menunjukkan pelan bukti Barisan Nasional gagal mencantum lima lot tanah 
Taman Manggis berkenaan  bersama-sama enam lot tanah lain membabitkan projek PPRT
fasa 1 yang diluluskan sejak tujuh tahun lepas.
PENGERUSi Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) Rahmad Isahak hari ini mempersoal keikhlasan kerajaan negeri Pulau Pinang era Barisan Nasional kerana tidak membangkitkan isu Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) fasa kedua di atas 1.2 ekar tanah Taman Manggis sejak tujuh tahun lepas.

Justeru katanya, pemimpin Umno serta Barisan Nasional di negeri berkenaan tidak wajar mempolitikkan langkah kerajaan negeri sekarang menjual tanah dekat Jalan Zainal Abidin itu "semata-mata bagi mengisi undi di poket mereka menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13".

"Mengapa sejak 10 Mei 2001, iaitu tarikh pelan merancang (PPRT) fasa satu diluluskan sehingga 8 Mei 2008, tiada usaha untuk mendapatkan peruntukan membina (PPRT) fasa dua daripada kerajaan pusat.

"Mengapa selama hampir tujuh tahun lepas, Barisan Nasional tidak mempertahankan tanah ini demi rakyat...mengapa baru sekarang jadi isu," soal beliau di Komtar, George Town

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus