06 August 2012

Ramadhan saksi Rasulullah di medan Badar, Hairie Othman di medan Twitter


FAQAR secara peribadi lebih suka duta PAS dalam dunia artis, bukan artis banyak di atas pentas PAS demi memenuhi fardhu kifayah PAS dalam dunia artis.

Sebab itu, ramai artis menyeberang masuk PAS, saya tak obses.

Kalau dah nak masuk PAS sangat, saya hormat sebab Malaysia adalah negara demokrasi.

Sebab demokrasi juga, ada artis yang begitu obses dengan PAS sampai dikatakan hilang budi sebagai selebriti.

Lebih baik artis kekal dalam budi selebriti. Lebih baik, kekalkan diri dalam dunia selebriti sungguhpun jiwa kian berminat dengan Islam serta mahu terjun dalam arena politik dakwah PAS

Fardhu kifayah dalam dunia artis besar, orang parti tak boleh buat. 'Artis berjiwa PAS' dalam dunia selebriti sahaja yang boleh buat.

Bagaimanapun, semua kita boleh bersetuju atau tidak mengenai hal ini.

Terbaru, cybertroopers Umno banyak yang panas hati apabila artis 'Leftenan Adnan' maki pemimpin-pemimpin mereka di bulan Ramadan ini.

Kerja grup tweeter Najib fitnah Anwar kantoi!

Ajak debat, tak mau. Siap kata, "Debat bukan budaya kita..."

Fitnah nie mungkin budaya cybertrooper Umno yang diupah oleh Najib kot...

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus