09 August 2012

Najib Razak sedia saksi Umno BN 'kalah' PRU13, lapor Buletin TV3

BELUM pun kalah dalam pilihan raya umum ke-13, nampaknya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah membayangkan malapetaka yang bakal Umno serta Barisan Nasional terima daripada rakyat.

Najib yang juga Presiden Umno semasa berucap petang tadi nampaknya mula belajar menerima kemungkinan kalah pada pilihan raya umum nanti.

Ucapan itu semasa banyak pihak, termasuk Pakatan Rakyat mempertikai slogan "Janji Ditepati" yang diperkenalkan Barisan Nasional lalu dijadikan tema Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos depan.

"Kita sedia ditolak rakyat jika kita tidak menunaikan janji kepada rakyat," ucap Najib di Buletin TV3 sebentar tadi.

Terdahulu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan rakyat akan melakukan perubahan yang lebih besar dalam pilihan raya kali ini berbanding Thunami Politik pada 8 Mac 2008.

Beliau meramalkan, rakyat bersedia memberi mandat kira-kira di 140 kerusi Parlimen sungguhpun bakal menempuhi pelbagai penyelewengan pilihan raya yang didalangi oleh Barisan Nasional, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Malah katanya, beberapa Kerajaan Negeri yang dikuasai oleh Barisan Nasional kemungkinan akan 'jatuh' selain Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan mandat di beberapa Kerajaan Negeri yang sedia ada.

"Jika mereka menipu (dalam) pilihan raya sekalipun, Pakatan Rakyat akan menang dengan sekongan rakyat," ujar Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh. -END

Sertai 'Janji Bersih' di Dataran malam sambut Merdeka!

26 badan bukan kerajaan (NGO) pimpinan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said melancarkan perayaan Janji Bersih pada malam 30 Ogos sempena Hari Merdeka.

Justeru, pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 3.0) mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk memenuhkan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bagi menghitung detik hari bersejarah negara.

“Kita telah banyak mendengar ‘janji-janji’ untuk perayaan sambutan Merdeka tahun ini, kami tahu apa yang orang ramai mahu ialah Malaysia yang bersih dan adil sebagai sambutan Kemerdekaan yang ke 55,” kata beliau.

Pak Samad akan membaca puisi pada majlis yang bermula pada jam 10 malam itu.

Dalam perkembangan sama, anggota Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0, Maria Chin berkata, permit polis tidak diperlukan memandangkan Janji Bersih adalah perayaan kemerdekaan, bukan demontrasi.

Janji Bersih dilancarkan demi memperingati 8 Tuntutan Bersih yang dilangsungkan dalam perhimpunan aman Bersih 3.0 berhampiran Dataran Merdeka pada 28 April lepas.

“Lapan tuntutan Bersih masih belum ditunaikan sebab itu kami mahu ingatkan kerajaan sempena menyambut Merdeka...Tidak mustahil ‘Janji Bersih’ akan dihadiri oleh ramai pihak,” kata Badrul Hisham Shaharin aka CheguBard, pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Najib Razak didakwa seleweng tanah wakaf terima amarah P.Pinang


LANGKAH Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan replika kunci rumah Taman Sejahtera secara percuma kepada sembilan keluarga Hindu dari Kampung Buah Pala pada 22 April lepas menerima amarah Melayu tempatan kerana didakwa membabitkan tanah wakaf Islam.

Pegawai Penyelaras Kawasan DUN (PPK) Teluk Air Tawar, Salihin Mohamed semasa dihubungi PenangInsight.com baru-baru ini menegaskan bahawa hartanah di bawah ketegori wakaf sama sekali tidak boleh dijual atau diberikan kepada orang bukan Islam jika dirujuk pada hukum syarak.

"Saya percaya penduduk Teluk Air Tawar ini akan sokong perdana menteri sekiranya rumah-rumah yang diserahkan kepada sembilan keluarga Hindu itu tidak membabitkan pembangunan di atas tanah wakaf Islam.

"Tanah wakaf untuk orang Islam, tidak boleh dijual atau diserah begitu sahaja kepada bukan Islam. Tanah wakaf tidak patut diseleweng atas nama agama atau politik sekalipun," ujar beliau pagi tadi ketika diminta mengulas sekumpulan penduduk setempat mengedarkan risalah membantah penyelwengan tanah wakaf tersebut.

Fitnah P.Pinang serlahkan Pengerusi BN 'budak-budak' - Mansor

Mansor Othman
KEPEMiMPiNAN Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang difitnah mempunyai kepentingan peribadi dalam projek komersial di Jalan Zainal Abidin baru-baru ini seakan menyerlahkan sikap kebudak-budakan Pengerusi Barisan Nasional negeri, Teng Chang Yeow.

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman berkata, Chang Yeow menggunakan teknik fitnah serta permainan politik perkauman dan keagamaan secara ekstrem demi menutup politik kotor pembangkang di negeri berkenaan.

Malah katanya, langkah terdesak Chang Yeow itu demi merampas kembali Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-13 wajar dipersoal.

"Kita (Kerajaan Negeri) mencabar Teng menunjukkan bukti dan beliau tidak boleh bertindak macam budak-budak yang baling batu sembunyi tangan.

"Apabila Kerajaan Negeri didesak membatalkan kesemua projek lereng bukit yang sebenarnya diluluskan semasa Barisan Nasional menguasai Pulau Pinang, adakah Barisan Nasional mahu paksa Pakatan Rakyat bankrapkan negeri Pulau Pinang sekiranya BN tidak berupaya menang balik Pulau Pinang dengan fitnah, politik ekstremis kaum dan agama," tanya beliau di Komtar, George Town.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus