ABU menerima maklum balas daripada staf sokongan bernama Rajendran mengenai cadangan projek naik taraf gerai makan Anjung Gurney, George Town. |
Berkat doa ayah dan motivasi bekas bos di Jabatan Korporat MPPP, Abu Hassan Mohamed Zain, 51, kini boleh menarik nafas lega dengan kejayaan yang dikecapi.
Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan (Bahagian Pelesenan) MPPP itu baru-baru ini disenarai lagi sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 daripada Kerajaan Negeri.
Dalam wawancara bersama faqar, Abu berkata, beliau pernah menerima anugerah serupa pada tahun 1993, 1997 dan 2008.
Malah, Abu berkata, beliau pernah menerima Pingat Jasa Masyarakat (PJM) sempena Hari Lahir Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang pada tahun 2011.