Skip to main content

Posts

Showing posts from September 19, 2012

Dr Mariah Mahmood saman fitnah 'blogger Umno' esok

SEORANG blogger mesra Umno bakal diheret ke muka pengadilan esok gara-gara memfitnah beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat kononnya mempersenda Majlis Istiadat Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 11 April lepas.Sumber Pejabat Agung Pas memberitahu, Dr Rahman Kadir bakal disaman oleh Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmood di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.Dr Mariah akan mengadakan sidang akhbar sekitar jam 10 pagi esok, iaitu sebelum proses fail saman ke atas blogger terbabit dilakukan.Dalam perkembangan sama, Ahli Parlimen Gombak merangkap Timbalan Presiden PKR, Amin Ali dan Tian Chua (Ahli Parlimen Batu merangkap Naib Presiden PKR) turut difitnah seperti Dr Mariah.Berita lanjut menyusul kemudian.

Pembangkang P.Pinang jangan main wayang di Batu Maung

PEMBANGKANG Pulau Pinang yang dibantu kira-kira 30 pemuda ala gangster dinasihat supaya "jangan main wayang" di sebalik insiden sekumpulan penduduk Melayu Batu Maung, Bayan Lepas yang diusir keluar dari kampung halaman mereka semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, Datuk Ab. Wahab Ibrahim dinasihat supaya terlebih dahulu menjelaskan mengenai status tanah pusaka berwajib yang kononnya telahpun dibelinya daripada pemilik asal tanah tersebut.

"Selagi keraguan transaksi penjualan tanah Lot 781, Lot 776, GM 497 Mk 12 (dekat) Daerah Barat Daya, Pulau Pinang belum terungkai, saya tidak akan berganjak mempertahankan hak mereka (penduduk)," ujar beliau di Komtar, George Town.

'Undang-Undang Anti Lompat Parti' daulat integriti politik - Guan Eng

KERAJAAN Negeri Pulau Pinang sekali lagi cuba mencipta sejarah dengan mewujudkan Undang-Undang Anti Lompat Parti ke arah merealisasikan polisi integriti di negeri berkenaan.

Cadangan itu selepas semua kepemimpinan Kerajaan Negeri sebelum ini mengisytiharkan harta masing-masing secara telus, integriti dan terbuka untuk disemak oleh rakyat.

Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata, undang-undang pencegahan pada amalan 'rasuah politik' itu akan dikemukakan di Dewan Undangan Neger (DUN) Pulau Pinang selepas menerima kata sepakat daripada kepemimpinan Pakatan Rakyat negeri.

"Pindaan ini bersejarah kerana buat pertama kali dilakukan di Pulau Pinang demi mengharamkan tindakan lompat parti untuk kepentingan peribadi, baik dalam bentuk wang (rasuah) atau bukan wang.

"(Pindaaan) ini juga sebenarnya untuk mendaulatkan integriti dan akauntabiliti politik," ujar beliau di Komtar, George Town.