24 September 2012

Siapa buat video menatang haram jadah nie...kah kah kah

Kah kah kah

Siapa buat video menatang haram jadah nie kah kah

Aku tak mau komen apa, nak gelak ja

Pentadbir universiti suruh mahasiswa sokong UMNO? – Zairil


SEBUAH video yang telah dimuatnaik ke laman YouTube menunjukkan bagaimana seorang pentadbir universiti mempengaruhi jawatankuasa kolej kediaman untuk menyokong kerajaan UMNO-BN rangka pilihanraya kampus membuktikan wujudnya campurtangan pentadbiran dalam pilihanraya kampus.

Video tersebut yang mendakwa Penolong Naib Canselor HEPA UTHM, Prof. Amir Hashim sedang mengugut jawatankuasa kolej kediaman supaya menyokong kerajaan telah didedahkan beberapa hari sebelum berlangsungnya pilihanraya kampus minggu lalu.

Menurut Ahli Majlis Eksekutif Kebangsaan DAPSY Zairil Khir Johari, jika isi kandungan video tersebut benar, maka ia jelas menunjukkan wujud campur tangan pihak pentadbiran universiti dalam mencatur pilihan raya kampus supaya dimenangi oleh calon-calon yang disenangi pihak pentadbiran.

Pegantung bendera BN tak patriotik, bahaya orang awam - Ah Teong

BUKTI bendera BN digantung lebih tinggi dari Jalur Gemilang dan bendera P.Pinang.
Ah Teong (kanan) & Harvinder kemuka bukti dan laporan polis.
AHLi Majlis bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Ong Ah Teong hari ini mempersoal tindakan sekumpulan pemuda parti pembangkang Pulau Pinang tertentu memasang 100 bendera Barisan Nasional (BN) secara haram dan berbahaya pada lampu-lampu jalan di sekitar Tanjung Tokong.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut mempersoal wibawa serta patriotisme pihak berkenaan kerana memasang bendera Barisan Nasional lebih tinggi dari Jalur Gemilang dan bendera Pulau Pinang di depan pasar raya Island Plaza, di sini.

"Selepas bendera-bendera itu dipasang menggunakan kren jentera tanpa permit majlis (MPPP) dan permit polis, Barisan Nasional tidak mahu mengaku bertanggungjawab pula.

"Saya kesal mereka (pemimpin Barisan Nasional) tidak mahu bertanggungjawab, tetapi menyalah penyokong-penyokong mereka.

Bendera BN digantung pada tiang lampu secara bahaya.
"Kami telahpun membuat laporan polis kerana bendera-bendara ini dipangsang pada tiang-tiang lampu yang berketinggian lebih 30 kaki...jika bendera-bendera ini jatuh, akan membahayakan pengguna jalan dan penjalan kaki.

"Mereka (Barisan Nasional) mahu kehidupan atau undi daripada rakyat di sini. Mereka cuba angkuh dengan majlis atau angkuh dengan perlembagaan," soal beliau. ," ujar beliau dalam satu sidang media bersama-sama Ahli Majlis MPSP, Harvindar Singh a/l Darshan Singh.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat pada 23 September lepas, difahamkan, 100 bendera itu dipasang di sepanjang Jalan Gotblieb, Jalan Tanjung Tokong dan Jalan Bahan Jermal pada malam sebelumnya.

Tiada mana-mana pihak, termasuk pemimpin Barisan Nasional Pulau Pinang mengaku bertanggungjawab dengan aksi angkuh menggantung bendera-bendera tersebut. -END

Salinan laporan polis yang dibuat Ah Teong.

Provokasi Perkasa: Mansor utus surat kepada Peguam Negara

MANSOR Othman
POLiS yang didakwa tidak bertindak tegas ke atas ahli-ahli Perkasa yang memijak, mengoyak dan membakar gambar Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng  akhirnya dipanjangkan kepada Peguam Negara (AG), Tan Sri Abdul Ghani Patail.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman bertanya, mengapa mereka yang mengancam Guan Eng masih bebas sedangkan polis pada masa yang sama menahan serta merta kesemua saspek yang memijak serta membakar gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Perhimpunan Janji Bersih pada 30 Ogos lepas bagi membantu siasatan.

"Malangnya tindakan keras yang dikenakan ke atas mereka yang memijak gambar Y.A.B Perdana Menteri, tidak pula dikenakan ke atas ahli Perkasa yang bertanggungjawab melakukan tindakan yang tidak kurang biadapnya terhadap Y.A.B Ketua Menteri," ujar beliau.

Mahathir tuduh PR ikut telunjuk Soros?

Tun Dr Mahathir Mohamad seakan cuba mengelirukan sentimen rakyat anti Umno Barisan Nasional (UBN) dengan menuduh beberapa kuasa asing kian pro Pakatan Rakyat (PR).

Bekas Presiden Umno itu menuduh beberapa kuasa asing tersebut mahu perubahan rejim di Malaysia berlaku sempena Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Malah katanya, kuasa-kuasa asing tersebut mahu pemimpin pembangkang menjadi kerajaan supaya boleh mengikut telunjuk mereka. Tuduhan berniat jahat itu disuarakan semasa mengulas mengenai National Endowment for Democracy dan badan tajaan George Soros bernama Own Society Institute (OSI).

Beliau bagaimanapun tidak pula mengulas mengenai konspirasi pentadbirannya sekitar awal 1990-an bersama-sama George Soros yang dikenali sebagai spekulator mata wang dunia berjudi wang rizab Bank Negara Malaysia sehingga lebih RM30 bilion lesap.

"Dia punya tujuan, baik liberal west, baik Soros, satu satu Perdana menteri yang boleh dia guna.

"Sebab itu, dia nak perubahan rejim di Malaysia supaya orang yang jadi Perdana Menteri boleh ikut telunjuk dia," ujar beliau dipetik dari satu akhbar arus perdana.

Pemimpin tertentu PR di bawah kepemimpinan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim digambarkan sebagi pemimpin "ikut telunjuk" kuasa asing apabila beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang pro demokrasi di tanah air ini didesak menerima pembiayaan dana dari pertubuhan puteri demokrasi sedunia termasuk dari Amerika Syarikat.

Itu, termasuk Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang kini giat membongkar skandal rasuah serta penyelewengan kuasa dalam pembelian kapal selam Scorpene yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Nasib Tun Razak, Abdul Razak Baginda (bekas SetPol Najib) dan mendiang Altantuyaa Sharibuu (gadis Mongolia yang dibunuh dek C4 beberapa tahun lepas, iaitu semasa Najib masih Menteri Pertahanan). -END

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus