Skip to main content

Posts

Showing posts from September 25, 2012

Mahu beli kembali umur awal 20-an Pakaq!

SEMASA saya menempuhi semester akhir sebagai mahasiswa Universiti Malaya lebih lapan tahun lepas, hampir setiap hari saya berkurung dalam bilik tidur di flat Kampung Kerinchi.

Selain menghabiskan kerja-kerja menyiapkan paper projek akademik yang terbengkalai, masa harian saya terisi dengan minum, tonton TV dan tidur.
Hidup menjadi sedikit kosong sungguhpun pada ketika itu adalah musim Pilihan Raya Kampus yang menyaksikan Pro Mahasiswa bersaingan dengan budak-budak Umno kampus.
Perasaan kosong dan kosong ini bukan pertama kali dirasai oleh saya. Saya pernah merasainya semasa cuti menunggu keputusan SPM dan STPM.
Menjelang usia 30 tahun sekarang ini, saya sekali lagi merasai perasaan yang aneh ini.
Beberapa hari saya mengambil masa untuk menyelami perasaan aneh ini. 
Dalam beberapa hari ini, saya berjalan seorang diri di Pantai Bersih. Sesekali wajah anak, Insyirah mencuit perasaan kecil saya.
Sesekali air mata saya mengalir apabila mengenangkan isteri, Siti Hajjar Hassan dengan sakitn…