01 October 2012

Tetap kadar pampasan, ganti rumah bukti KN P.Pinang cakna suara penduduk - Mansor


LANGKAH menetapkan kadar pampasan atau gantian rumah secara percuma kepada penduduk yang terbabit dalam proses pembangunan infrastruktur di Pulau Pinang sekarang sekaligus membuktikan Kerajaan Negeri cakna dengan suara rakyat terbanyak di negeri berkenaan.

Demikian penegasan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman semasa majlis penyerahan pampasan kepada 78 penduduk yang terlibat dalam fasa tiga Projek Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu baru-baru ini.

"Kerajaan Negeri amat peka mendengar suara rakyat khususnya dalam isu pemindahan penduduk...buktinya, Pulau Pinang merupakan negeri yang pertama dalam negara ini yang menetapkan bayaran wang ehsan sebanyak RM42,000 atau menggantikan sebuah rumah kos rendah percuma kepada pemilik rumah atau bangunan yang terlibat.

"Bagi keluarga yang menumpang pula, wang ehsan sebanyak RM20,000 atau keutamaan membeli rumah diberikan dan bagi penyewa juga tidak ketinggalan menerima bayaran sebanyak RM5,000 atau keutamaan memiliki rumah," ujar beliau pada satu majlis di Komtar, George Town.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus