Skip to main content

Posts

Showing posts from October 8, 2012

Bekas Atendan Parkir MPPP ada 'Master'

PERCAYA atau tidak, seorang bekas atendan parkir di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) ada ijazah peringkat sarjana atau "master" dalam pentadbiran awam dan kini sedang menyimpan azam untuk mendapatkan ijazah kedoktoran (PhD) dalam disiplin pengajian yang sama.

Dari azam memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang tergendala akibat keadaan keluarga tidak mempunyai sumber pendapatan mencukupi semasa tiga puluh tahun lalu, kini wibawa peribadi Xavier a/l A.Pitchay @ Sebastian, 51, dikatakan senantiasa meniti di bibir pekerja-pekerja bawahan dalam pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut.

"Saya memang nak masuk Universiti Awam selepas menduduki peperiksaan STPM (Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia) sebab teringin nak jadi mahasiswa tetapi selepas mendiang ayah saya bersara, keluarga saya tak mampu.

"Pada tahun 1980, ketika itu, saya jadi atendan letak kereta di Jalan King Street selama tiga bulan...mula-mula kerja di majlis (MPPP) dan selepas itu saya masuk …

Baju T sabotaj BN ini kerja Team B atau grup Muhyiddin??

SETUJU atau tidak, selalu Faqar kata, PAS tidak pernah menang atas jati diri sendiri dalam pilihan raya.

Terengganu bersama Kelantan tumbang dalam PRU13 sampailah Arwah Ustaz Fadhil Noor boleh jadi Ketua Pembangkang di Parlimen disebabkan bekas Presiden PAS itu berjaya capture imaginasi rakyat yang bergelojak dengan Reformasi 98'.

Ya...Anwar sebagai faktor.

Thunami Politik 8 Mac 2010 pun disebabkan mood Bersih, Hindraf dan anti Pak Lah.

Tun banyak bantu pembangkang menyerang kepemimpinan Pak Lah sampai berlaku sabotaj dalam Umno BN.

Menang PAS dan Pakatan Rakyat disebabkan beberapa faktor major ini. Salah satunya, sabotaj.

Ada orang kata, ini kerja Team B Umno. Ada yang lain kta, grup Muhyiddin tahu siapa duri dalam daging yang cetak baju T macam di atas.

Sebab itu, Muhyiddin kata grup yang sabotaj parti akan dipecat sebab tak mahu pisang berbuah dua kali.

Mudah-mudahan PAS dan PR akan menang sekali lagi sungguhpun bukan atas kekuatan jatidiri masing-masing.

Setuju?

Nisa' Kelantan mohon sumbangan segera selamat sakit jantung berlubang anaknya berusia 3 bulan.

SEORANG aktivis Nisa' Kelantan memerlukan bantuan segera bagi menyelamatkan anaknya yang sedang bersabung nyawa dengan sakit kronik.

Aini Mat Reping dilaporkan berkata, anaknya yang baru berusia tiga bulan mengalami masalah jantung berlubang serta komplikasi saluran jantung terbalik.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun beribadinya 0303602016165

Info lanjut, sila tanya Na'imah Mohd Najib.