Skip to main content

Posts

Showing posts from October 12, 2012

Kabinet Bayangan: Jangan 'gila bayang', kata Husam Musa

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menegaskan beliau tidak mahu Pakatan Rakyat jadi "gila bayang" dengan mengumumkan senarai Kabinet selagi belum menawan Putrajaya.

Dalam satu temubual ekslusif bersama AntaraPos, Husam yang juga exco kerajaan negeri Kelantan berkata PAS lebih gemar mengambil sikap berdiam diri dari bercakap tentang perkara yang belum lagi berlaku.

Jelas beliau, kabinet Pakatan akan dibentuk jika tiga parti itu menguasai Dewan Rakyat seperti mana yang berlaku semasa mengambil alih pentabdiran Perak pada 2008.

"Saya rasa kita tak boleh hidup dalam bayang-bayang, kalau kita nak buat kabinet bayangan...tapi kita belum dapat menang lagi, nanti orang kata kita gila bayang.

"Jadi biarlah ada kuasa dulu, dengan sendiri kita boleh kemukakan (kabinet). Dulu macam di Perak, kita tiada kabinet bayangan tapi bila Datuk (Seri) (Mohammad ) Nizar (Jamaluddin) jadi menteri besar dalam masa setahun Umno takut" kata Husam.

Isu kabinet bayanga…